Kuala Lumpur - 26 Mac 2007 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat mencemar duli ke Malam Mes Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Turut hadir ialah Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri, YB Dato' Mohd Johari Baharom, YB Dato' Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri KKDN, Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, ketua-ketua polis negara ASEAN dan pegawai-pegawai kanan polis.
Pada majlis yang sama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Polis Negara turut melancarkan wang syiling peringatan sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis. Baginda juga turut berkenan memotong kek khas sempena peringatan tersebut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memotong kek khas sempena Sambutan 200 Pasukan Polis