Perbarisan Diraja Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
| Dataran Merdeka - 25 Mac 2007. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli berangkat ke Upacara Perbarisan Diraja Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis. Hadir di upacara tersebut ialah YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Mohd Johari Baharum dan YB Dato' Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Turut hadir ialah YDH Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Najib Abd. Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah- Pengarah PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri, Dif-dif jemputan dan Pegawai-pegawai kanan PDRM. Lintas hormat hari ini melibatkan 25 detachment, terdiri daripada 200 pegawai dan 2,000 anggota serta 60 buah kenderaan
|
