Article
Malam Mes Pdrm Atm Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2010
Selangor - 3 Ogos 2010. Malam Mes sempena sambutan Hari Pahlawan yang bertemakan '1WAWASAN 1PERJUANGAN' telah diadakan dengan penuh istiadat di Hotel Grand Dor...
Selangor - 3 Ogos 2010. Malam Mes sempena Sambutan Hari Pahlawan yang bertemakan "1 MALAYSIA 1 PERJUANGAN" telah diadakan dengan penuh istiadat gemilang di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya Selangor bermula jam 8.00 malam.
Malam Mes sempena Sambutan Hari Pahlawan ini adalah anjuran Polis Diraja Malaysia. Ianya dianjurkan sempena Sambutan Hari Pahlawan yang telah berlangsung pada 31 Julai 2010 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara tetamu-tetamu istimewa yang hadir malam itu adalah YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia bersama YBhg. Datin Seri Hamidah binti Khamis, YB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama YM Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Puan Sri Juridah binti Dato' Ahmad, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia bersama Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Noorainee binti Abd. Rahman.
Turut hadir dimajlis ini ialah YB Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Pertahanan, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Panglima-Panglima cabang Angkatan Tentera serta Pegawai - Pegawai Kanan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Panji Utama Polis DiRaja Malaysia ke dalam dewan, menandakan pembukaan tirai majlis yang penuh istiadat dan gemilang ini.
"Dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Sri dan Dato'-Dato' dari Angkatan Tentera Malaysia ke majlis ini, telah menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus sepakat sekata dan bersatu hati mempertahankan pertiwi tercinta ini" antara isi ucapan YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan.
"Polis dan Tentera adalah tulang belakang bagi mewujudkan kestabilan dan keamanan negara. Kerjasama di antara PDRM dan ATM telah lama wujud dan saling melengkapi semasa negara berhadapan dengan ancaman komunis yang menggugat keselamatan negara pada suatu ketika dulu. ATM adalah benteng pertahanan negara manakala PDRM adalah paksi keamanan bagi menentukan kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Oleh itu, kerjasama ini perlu dikekalkan dan di pupuk agar menjamin masa depan rakyat dan negara ini" akhiri ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.
Acara majlis diteruskan dengan ucapan balas oleh Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis dilengkapi dengan upacara penyampaian cenderahati di antara YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia dan YB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri sementara YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara juga bertukar-tukar cenderahati bersama Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis ditamatkan dengan serangkap pantun oleh YDH Ketua Polis Negara...
Perahu Panjang Layarnya Merah
Belayar Menuju Arah Utara
Keris Dipegang Bersintukkan Darah
Adat Pahlawan Membela Negara

Pegawai PDRM menyambut tetamu kenamaan ATM.

YDH CP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin bersama isteri tiba di perkarangan Hotel.

Tetamu-tetamu kenamaan disambut oleh pegawai PDRM.

Pegawai-pegawai Kanan Polis bergambar kenangan...

kiri...YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani selaku Pengerusi Jawatankuasa Malam Mes bersama YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail dan YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin.

Para tetamu kenamaan dihiburkan oleh KOMBO PDRM.

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Pengarah Pengurusan besama YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sempat meluangkan masa bersama Pegawai Kenamaan ATM.

Pembukaan tirai majlis...Panji Utama PDRM diarak masuk.

Jalinan persahabatan...beramah mesra antara ATM dan PDRM.

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia bertukar cenderahati bersama YAB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

YDH DCP Dato' Muhamad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur menghiburkan jemputan.

YAB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sempat berseloroh dengan YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.

YDH Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Terangganu dengan lagu rentak 80-an.

YBhg Puan Sri Datin Sri Noorainee binti Abd. Rahman bergandingan suara dengan YBhg Puan Sri Juridah binti Dato' Ahmad menghiburkan para jemputan.

Bergambar kenang-kenangan bersama isteri..