Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Balai Polis Bandar Utama terletak di No. 19, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama PJU 6, 47800 Petaling Jaya adalah sumbangan daripada pihak pemaju, Bandar Utama City Corporation Group..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-balai-polis-bandar-utama-damansara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:51 MYT

Damansara - 30 Julai 2010. Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor pada petang ini.

Turut hadir ialah YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Teo Soo Cheng, Executive Chairman Bandar Utama City Corporation Group, YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah IPD Petaling Jaya, mantan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar, YDH Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Selangor, Ketua-Ketua Polis Daerah, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Utama, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota dan dif-dif jemputan.

Balai Polis Bandar Utama terletak di No. 19, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama PJU 6, 47800 Petaling Jaya adalah sumbangan daripada pihak pemaju, Bandar Utama City Corporation Group.

Upacara pecah tanah Balai Polis Bandar Utama telah dilakukan oleh YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah IPD Petaling Jaya bersama Datin Paduka Yong Dai Ying, iaitu bekas Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan serta Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Utama (BURA) pada 2 Mei 2008.

Sebanyak empat bilik disediakan yang merangkumi pejabat Ketua Polis Balai, pejabat pentadbiran, bilik sembahyang dan sebuah bilik senjata. Selain itu terdapat ruang pejabat pertanyaan yang luas dan ruang taklimat, juga kawasan persekitaran yang luas juga disediakan untuk meletakkan barang kes seperti kenderaan.

Pihak pemaju juga menyediakan dua unit rumah kelamin (3 bilik) untuk anggota polis, sebuah gelanggang badminton, tempat letak kereta dan sebuah pos pengawal.

Diketuai oleh Sarjan Zulkifli bin Mohamad Noor bersama 8 anggota, Balai Polis Bandar Utama ini dapat memberikan perkhidmatan dan juga memantapkan keselamatan  kepada penduduk setempat.

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara
YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor menerima Hormat Panglima daripada Kawalan Kehormatan.

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara
DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor memeriksa Kawalan Kehormatan

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara
Nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Polis Sedia Berkhidmat'

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara
Pancaragam PDRM juga turut hadir mengiringi Kawalan Kehormatan dan juga nyanyian lagu.

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara
Antara Pegawai-pegawai Polis dan tetamu yang hadir...

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara
Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Teo Soo Cheng menyampaikan replika anak kunci bangunan kepada YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara
YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar menandatangani Buku Pelawat di Pejabat Pertanyaan.

Perasmian Balai Polis Bandar Utama Damansara
Mantan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar beramah mesra bersama  Sarjan Zulkifli bin Mohamad Noor, Ketua Polis Balai Bandar Utama (kanan)

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM