Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Maksak Malaysia Pasukan Wanita Pdrm Rangkul Kejohanan Petanque

Diterbitkan: 03 May 2017 6.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Port Dickson, 30 April 2017 – Pasukan petanque wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengharumkan nama pasukan apabila berjaya merangkul kejuaraan bagi acara wanita berpasukan Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia di Arena Petanque Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), dekat sini, yang bermula 27 hingga 30 April 2017.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/maksak-malaysia-pasukan-wanita-pdrm-rangkul-kejohanan-petanque
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:14 MYT
Port Dickson, 30 April 2017 – Pasukan petanque wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengharumkan nama pasukan apabila berjaya merangkul kejuaraan bagi acara wanita berpasukan Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia di Arena Petanque Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), dekat sini, yang bermula 27 hingga 30 April 2017.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) dengan dikelolakan oleh Majlis Sukan PDRM itu merupakan yang ke-4 diadakan sejak pertama kali ia diperkenalkan pada tahun 2014 yang lepas.

Skuad petanque wanita PDRM yang diketuai oleh jurulatihnya Koperal Hamzah Adam dan Koperal Mohd Zin Yusuf telah bersama-sama dengan 18 lagi pasukan yang bertanding dalam acara yang diadakan pada kali ini. 

Sebanyak empat acara dipertandingkan terdiri daripada acara Berpasukan Lelaki yang diungguli oleh pasukan MAKSAK Selangor dan Acara Veteran Wanita, dimenangi oleh pasukan MAKSAK Perak. Bagi acara Veteran Lelaki pula, kemenangan berpihak kepada pasukan MAKSAK Terengganu.

Majlis penutupan rasmi Kejohanan Petanque MAKSAK Malsysia yang berlangsung serentak dengan Kejohanan Ping Pong petang tadi telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Sukan Negeri Sembilan, Dato' Abdul Samad Bin Ibrahim.

Turut hadir pada majlis tersebut, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintenden Zairulnizam Bin Mohd Zainudin @ Helmi dan Ketua Setiausaha Agung MAKSAK, Encik Ahmad Faedzal Md. Ramli.

IMG_0040 copy
Superintenden Zairulnizam Bin Mohd Zainudin @ Helmi bersama pasukan petanque PDRM.

IMG_8833 copy
Sekitar Kejohanan...

IMG_0030 copy
Sekitar Kejohanan Petanque berlangsung.

IMG_9453 copy
Sekitar Kejohanan Petanque berlangsung.

ArtikelDiterbitkan 03 May 2017 6.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM