Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hospital Shah Alam Terima Kunjungan Delegasi Pdrm

Diterbitkan: 03 May 2017 6.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Shah Alam, 3 Mei 2017- Warga kerja Hospital Shah Alam, Selangor hari ini berbesar hati menyambut ketibaan delegasi kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-210.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hospital-shah-alam-terima-kunjungan-delegasi-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT

Shah Alam, 3 Mei 2017- Warga kerja Hospital Shah Alam, Selangor hari ini berbesar hati menyambut ketibaan delegasi kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-210.

Lawatan ini merupakan program tahunan dalam kalendar PDRM bagi mengeratkan hubungan mesra antara PDRM, kakitangan hospital serta pesakit yang menerima rawatan di setiap hospital yang dilawati.

Delegasi PDRM diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim membuat lawatan mesra serta memberi beberapa sumbangan kepada warga pdrm, ahli keluarga dan masyarakat setempat yang menerima rawatan di hospital berkenaan dengan diiringi Pengarah Hospital Shah Alam, Datin Paduka Dr Hasni Hanafi bersama barisan kepimpinan PDRM.

Dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, kebajikan warga PDRM dan ahli keluarga tidak pernah dilupakan meskipun kekangan tuntutan tugas menjaga keselamatan dan keamanan negara tanpa mengenal waktu sentiasa menjadi keutamaan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh tenaga pakar, doktor, jururawat dan kakitangan yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit khususnya warga PDRM serta masyarakat setempat.

Hadir sama dalam program lawatan tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Selangor, Dato’ Sri Abdul Samah Mat, barisan pegawai kanan, pegawai pangkat rendah, kakitangan Hospital Shah Alam serta rakan media.

1.1
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada Pengarah Hospital Shah Alam, Datin Paduka Dr Hasni Hanafi....

1
Bergambar kenangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar...

2

Sekitar Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Ke-210...

25
Sekitar Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Ke-210...


ArtikelDiterbitkan 03 May 2017 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM