Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Makmal Terlarang Rumah Teres

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis menemui 13 kilogram (kg) dadah jenis heroin, 7.5 kg serbuk disyaki dadah, 100 kg serbuk kafein, 20 botol asid dan pelbagai peralatan memproses dadah...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/makmal-terlarang-rumah-teres
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:57 MYT
Sebuah rumah teres dua tingkat dijadikan makmal memproses dadah diserbu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai setengah juta malam kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata serbuan dilakukan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam yang melihat gelagat penghuni rumah tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis menemui 13 kilogram (kg) dadah jenis heroin, 7.5 kg serbuk disyaki dadah, 100 kg serbuk kafein, 20 botol asid dan pelbagai peralatan memproses dadah.

Kesemua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahay 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori.


Makmal Terlarang Rumah Teres

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM