Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata serbuan dilakukan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam yang melihat gelagat penghuni rumah tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan.
Dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis menemui 13 kilogram (kg) dadah jenis heroin, 7.5 kg serbuk disyaki dadah, 100 kg serbuk kafein, 20 botol asid dan pelbagai peralatan memproses dadah.
Kesemua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahay 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Sumber: Harian Metro