30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Sepang, 8 Sept – Seramai 30 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah berlepas ke Ukraine pada malam semalam bagi meneruskan misi penugasan tragedi MH17 yang bermula Julai lalu.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun dalam ucapannya berkata, kesinambungan penugasan ini adalah berikutan pada 12 Ogos lalu di mana Malaysia dan Ukraine telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Malaysia menghantar “anggota bukan tentera” untuk kembali meyambung tugas di sana dan persetujuan dua hala tersebut membenarkan sehingga 90 ‘anggota bukan tentera’ Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat itu terhempas untuk menyiasat nahas itu sejajar Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Berucap sempena Majlis Penghantaran Pasukan Petugas Ke Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam semalam, beliau mewakili PDRM turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap PDRM di dalam melaksanakan penugasan MH17 di Ukraine.
“Sebagaimana yang kita ketahui, sebelum ini PDRM telah menghantar Pasukan Penyiasat (DVI) serta juga ‘Search And Recovery’ dan kesemuanya telah pulang ke tanah air pada 12 Ogos lalu disebabkan berlakunya pergolakan peperangan di sana,” katanya.
Misi kali ini terdiri daripada 30 pegawai dan anggota dari cawangan Komando VAT 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan, FRU serta Perhubungan Awam yang diketuai oleh DCP Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim dan selepas ini, beberapa lagi pasukan akan menyusul bagi menjalankan tugas di sana.
Pemergian misi ini adalah bagi menyahut komitmen kerajaan yang tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai lalu.
Sekitar majlis..
sekitar majlis...
ucapan daripada Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara...
Antara pegawai dan anggota yang akan berlepas ke Ukraine..
Antara pegawai dan anggota yang akan berlepas ke Ukraine..
Bacaan doa keberangkatan misi...
Bacaan doa keberangkatan misi...
Bacaan doa keberangkatan misi...
Sekitar majlis..
Sidang media Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara...