Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Makmal Proses Dadah Dibongkar Di George Town

Published: 18 Jun 2014 12.47 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Georgetown, 6 Sept - Sebuah makmal mini memproses dadah berjaya dibongkar dan tiga orang ditahan termasuk seorang wanita dalam Op Cantas di sebuah flat di Jalan Kurau, Jelutong di sini awal hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/makmal-proses-dadah-dibongkar-di-george-town
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:46 MYT

Georgetown, 6 Sept - Sebuah makmal mini memproses dadah berjaya dibongkar dan tiga orang ditahan termasuk seorang wanita dalam Op Cantas di sebuah flat di Jalan Kurau, Jelutong di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam operasi selama enam jam yang berakhir pukul 3 pagi itu, anggotanya turut menemui sepucuk pistol serta kelopak berisi lima butir peluru hidup berukuran 9mm dan lapan butir peluru yang disimpan secara berasingan.

"Polis turut menjumpai beberapa bungkusan dadah jenis syabu, serbuk ectasy, pil Eramin 5 serta peralatan memproses dadah bernilai ribuan ringgit," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyn 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan mempunyai pistol dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 kerana memiliki peluru.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.47 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM