Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kumpulan Curi Motosikal Tumpas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.47 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Ledang - Satu kumpulan mencuri motosikal didalangi pelajar sekolah dan penuntut kolej kemahiran yang aktif di sekitar daerah ini dan Melaka sejak setahun lalu tumpas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-curi-motosikal-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:09 MYT

Ledang - Satu kumpulan mencuri motosikal didalangi pelajar sekolah dan penuntut kolej kemahiran yang aktif di sekitar daerah ini dan Melaka sejak setahun lalu tumpas.

Ia berikutan lapan remaja, tiga daripadanya masih bersekolah dan dua penuntut kolej kemahiran ditahan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris berkata, kumpulan berkenaan terlibat dalam pelbagai kes curi serta menjual komponen motosikal sebelum ini bermaharajalela melakukan kegiatan itu di Ledang, Muar, Jasin dan Melaka Tengah, Melaka.

Tambahnya, penahanan lapan suspek itu dipercayai dapat menyelesaikan sebanyak 11 kes kecurian di empat daerah terbabit.

Jelasnya, kesemua kes berkenaan membabitkan kerugian hampir RM50,000 dan kesemua suspek tersebut direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A (1).

Kumpulan Curi Motosikal Tumpas

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo


ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.47 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM