Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kontinjen Pahang 2008
Seramai 18 orang peserta (12 lelaki dan 6 perempuan) yang terlibat dari daerah-daerah di bawah pentadbiran PDRM Kontinjen Pahang. Majlis tersebut telah diadakan sebanyak 2 sesi iaitu Sesi Pertama yang bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang dan Sesi Kedua bermula pada jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
Johan Qari dan Naib Johan Qariah iaitu SJN 68079 Maimun binti Selamat (IPK Pahang) akan mewakili Kontinjen Pahang ke Peringkat Kebangsaan PDRM yang akan diadakan pada 4 Ogos 2008 hingga 6 Ogos 2008 di Maktab PDRM Cheras.
Turut menyumbang bagi menjayakan majlis tersebut ialah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Pejabat Agama Islam Pahang, Yayasan Pahang, Tabung Haji Cawangan Kuantan, Masjid Sultan Hj. Ahmad Shah I Daerah Kuantan dan Bank Rakyat Cawangan Kuantan. Jumlah hakim seramai 5 orang yang melibatkan Pengerusi Jemaah Hakim, Hakim Suara, Hakim Tarranum, Hakim Fasahah dan Hakim Tajwid.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran iaitu ACP Hasnan bin Hassan (Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pahang), Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Polis, Pegawai-pegawai Awam dan ahli PERKEP serta Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran.

YDH DCP Dato' Robiah Binti Abd. Ghani, Ketua Polis Pahang menyampaikan hadiah kepada L/Kpl/S 11116 Ahmad Fauzi Bin Lebai Din dari IPD Cameron Highlands yang di nobatkan sebagai Johan Qari.

Gambar kenangan para peserta di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kontinjen Pahang 2008