Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Johan Qari telah disandang oleh C/Insp Mohamad Sahran bin Termizi dari Kontinjen Kedah dengan 82 markah, membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000, pakej mengerjakan Umrah Delima..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tilawah-al-quran-peringkat-kebangsaan-pdrm-tahun-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT

Bukit Aman - 5 Ogos 2010. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis DIraja Malaysia Tahun 2010 telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman bermula dari 4 Ogos sehingga 5 Ogos 2010.

Majlis Perasmian Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis DIraja Malaysia Tahun 2010 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara pada petang ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling (BAKA), YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, barisan jemaah hakim, Pegawai dan anggota serta kakitangan awam Polis Diraja Malaysia.

Majlis Tilawah Al-Quran ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu pembacaan Al-Quran di kalangan qari dan qariah PDRM, malahan memberi manfaat kepada kita dalam menghayati isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quran, yang merupakan asas atau 'fundamental' yang menjadi rujukan dan panduan penting umat Islam dalam usaha menuju kejayaan dan kecemerlangan kehidupan.

Seramai 17 qari dan 14 qariah telah memperdengarkan bacaan yang diadili jemaah hakim yang dipengerusikan oleh YBhg. Sahibul Fadhilah Ustaz Azizan bin Shaari, Ketua Penolong Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM. Penilaian markah-markah telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Tajwid, Fasohah, Tarannum dan Suara.

Johan Qari telah disandang oleh C/Insp Mohamad Sahran bin Termizi dari Kontinjen Kedah dengan 82 markah, membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000, pakej mengerjakan Umrah Delima tajaan TH Travel and Services Sdn. Bhd, senaskah Al-Quran, hamper serta Sijil Penyertaan dan Piala Pusingan Ketua Polis Negara. Naib Johan ialah Kpl Mohd Ghazali bin Md. Shuib dari Kontinjen Pulau Pinang, membawa pulang hadiah wang tunai RM 2000, senaskah Al-Quran, hamper serta Sijil Penyertaan dan Ketiga, Encik Nordin bin Putit dari Kontinjen Sarawak yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000, senaskah Al-Quran, hamper serta Sijil Penyertaan.

Johan Qariah pula telah disandang oleh Sarrul Munirah binti Haris dari Kontinjen Melaka dengan 85.5 markah, membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000, pakej mengerjakan Umrah Delima tajaan TH Travel and Services Sdn. Bhd, senaskah Al-Quran pimpinan Ar-Rahman, barangan hamper, Sijil Penyertaan dan Piala Pusingan Ketua Polis Negara. Naib Johan ialah Puan Jadidah binti Sulaiman dari Kontinjen Briged dan Ketiga, Puan Roosni binti Harudin dari Kontinjen Bukit Aman.

Setiap peserta qari dan qariah juga membawa pulang hadiah wang tunai RM 500 setiap seorang, senaskah Al-Quran, hamper serta Sijil penyertaan.

"Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barang siapa meletakkan Al-Quran di hadapannya, maka Al-Quran akan memandukannya ke syurga dan barang siapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya, maka Al-Quran akan mencampakkannya ke neraka" sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban.

"Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah. Allah akan menulis baginya satu Hasanah (kebaikan). Satu hasanah itu pula akan digandakan sepuluh kali ganda sepertinya" (riwayat Al-Bukhari dari Ibnu Mas'ud).

"Barang siapa mendengar satu ayat dari Kitab Allah (Al-Quran), maka ia akan menjadi cahaya pada hari kiamat" (riwayat oleh Iman Ahmad).

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
YDH Ketua Polis Negara diperkenalkan kepada peserta-peserta Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan PDRM Tahun 2010/1431 Hijrah

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
dari kanan...Y.Bhg Tan Sri Haji Hassan bin Azhari, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun dan YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
Antara YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan serta hadirin yang hadir...

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
Persembahan nasyid dari BAKA Bukit Aman

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
Persembahan nasyid dari Kumpulan Al-Hikmah, Jabatan Logistik Bukit Aman

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada jemaah hakim

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
YBhg. Sahibul Fadhilah Ustaz Azizan bin Shaari, Ketua Penolong Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM mengumumkan keputusan...

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
Johan Qari..'Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah limpah pemberianNya'

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
Johan Qariah memperdengarkan bacaannya..'Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut) sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah rahmatNya lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
YDH Ketua Polis Negara beramah mesra dengan Johan qari dan qariah

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
Peserta-peserta qari bergambar kenangan

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm Tahun 2010
Peserta-peserta qariah...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM