Artikel
Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Peringkat Kebangsaan 2010
Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Peringkat Kebangsaan 2010 telah berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh, Muar yang telah dirasmikan oleh...
Muar - 7 Ogos 2010. Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Peringkat
Kebangsaan 2010 telah berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) Pagoh, Muar, telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj.
Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
Turut dihadiri juga YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Musa bin Tan Sri Hj. Hassan, Ketua Polis Johor DCP Dato' Mohd. Mokhtar bin Hj. Mohd. Shariff, Timb. Ketua Polis Johor SAC Dato' Hj. Jalaluddin bin Abdul Rahman dan YBhg. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye serta Pegawai-pegawai Kanan, anggota PDRM dan masyarakat setempat.
Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Peringkat Kebangsaan 2010 telah dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Pemilihan tema pada tahun ini adalah "Nilai Murni Cegah Jenayah".
Penurunan nilai moral dan keruntuhan struktur institusi kekeluargaan dan konsep kejiranan menimbulkan banyak implikasi dan risiko terhadap jenayah baik di bandar atau luar bandar. Penerapan dan pemupukan nilai murni adalah penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah sosial yang semakin menghantui negara sejak kebelakangan ini.
Implikasi hakisan nilai murni yang mula terasa dan gejala ini diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat. Nilai murni yang menjadi asas pembentukan jiwa manusia hendaklah sentiasa disemai dan dipupuk di segenap lapisan masyarakat agar timbul semangat bantu-membantu, bertanggungjawab dan prihatin dalam meningkatkan tahap kualiti hidup yang tinggi.
Terdapat banyak program yang telah diatur sepanjang karnival tersebut, antaranya pertunjukan Pancaragam PDRM, pertunjukan Unit Berkuda PDRM, payung terjun dari Vat 69 Komando, pertunjukan T-Baton, sketsa cegah jenayah bersama K-9, persembahan K-9 (Unit Anjing PDRM), pengisahan Peristiwa Bukit Kepong dan gerai-gerai pameran dari pelbagai jabatan.

YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri memeriksa Kawalan Kehormatan.

Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Ucapan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara.

YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin menyampaikan hadiah kepada SM Abdul Latif bin Deraman, Ketua Polis Balai Batu Gajah, Kelantan yang memenangi Balai Polis Cemerlang Kategori B seluruh Malaysia.

YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin menyampaikan Sijil Perlantikan Penghulu bagi daerah Ledang dan Muar.

Persembahan yang menghiburkan penonton yang hadir dari Pancaragam Pusat PDRM.

Sketsa Cegah Jenayah, gabungan dari PULAPOL Muar, Unit K-9 dan Pasukan Gerakan Marin.

Hadiah bagi Johan acara tarik tali...dinobatkan kepada Pasukan Simpanan Persekutuan Johor yang berjaya mengalahkan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Pengisahan Peristiwa Bukit Kepong...

Pasukan Payung Terjun dari Vat 69 Komando...

Pertunjukkan menarik dari Kumpulan Kesenian Warisan Kuda Barongan dan Gamelan Parit Bugis, Muar Johor.
.

Melawat gerai-gerai pameran...