Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Majlis Tilawah Al-Quran ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dikalangan peserta tetapi juga bermatlamat agar warga PDRM..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tilawah-al-quran-peringkat-kebangsaan-pdrm-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:54 MYT

Cheras - 6 Ogos 2008. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM 2008 telah di adakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.Upacara Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM 2008 telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Syed Hamid binTan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para qari dan qariah.

Hadir di majlis tersebut ialah Y.Bhg Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin, YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri, YDH SAC II Dr. Hashim bin Haron, Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM 2008 dan ahli-ahli jawatankuasa, dif-dif jemputan serta para qari dan qariah.

Kali terakhir Majlis Tilawah Al-Quran peringkat PDRM di adakan adalah lebih kurang 2 tahun yang lalu dan Alhamdullillah, pada tahun ini ianya dapat di adakan semula hasil usaha dan kerjasama semua pihak khususnya Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM (BAKA).

Majlis Tilawah Al-Quran ini yang bermula pada 2 - 4 Sya'ban 1429 H bersamaan 4 - 6 Ogos 2008, bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dikalangan peserta tetapi juga bermatlamat agar warga PDRM akan dapat menghayati isi-isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan kerana ianya merupakan asas fundamental yang menjadi rujukan dan panduan penting umat manusia dalam usaha menuju kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan. Ianya juga selari dengan pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh kerajaan kita.

Langkah PDRM mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran ini adalah satu tindakan yang sangat baik dan amat relevan dengan tuntutan semasa. PDRM terus mengambil langkah pro-aktif dengan berusaha meningkatkan komitmen dan keinsafan di kalangan warga PDRM melalui majlis ini. Ia bertujuan antaranya untuk menggalakkan warga PDRM yang beragama Islam sentiasa berjinak-jinak mencintai Al-Quran melalui aktiviti membaca dan menghayati.

Kegiatan ini akan dapat menambah bilangan para Qurra' yang seterusnya menjadi benteng bagi memelihara kesucian dan keaslian Al-Quran.Oleh yang demikian, kita sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran yang sudah pasti memberi kesan terhadap spritual insan yang amat mendalam sehingga dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui segala sifat dan kelakuan baik yang ditampilkan.

Tema majlis 'Menjana Ummah Gemilang' amat bersesuaian dengan situasi ummah sekarang yang sentiasa menuntut umat Islam menjelma suatu kehidupan yang sejahtera, selamat, makmur dan berkualiti. Umat Islam tidak boleh berlengah lagi kerana arus perdana kemajuan dan pembangunan sentiasa bergerak pantas. Ia menuntut komitmen yang jitu daripada semua pihak untuk mengatur pelan perancangan stategik bagi membangunkan umat. Justeru, umat Islam perlulah meletakkan tahap kegemilangan itu sebagai satu matlamat yang mesti dicapai. Apabila wujudnya situasi begini, kegemilangan umat Islam akan dapat direalisasikan seperti yang sudah tertera dalam sejarah keagungannya.

Seramai 16 qari dan 10 qariah dari seluruh kontinjen telah memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan di adili oleh barisan jemaah hakim yang merangkumi dari segi Tajwid, Tarannum, Fasahah dan juga Suara.

Johan Qari dengan mengumpul 91.0 % disandang oleh SM 93583 Che Ismail bin Che Min dari kontinjen Selangor, Naib Johan, PF/14599 Awang Ibrahim bin Awang Sabudin dari Kontinjen Sarawak (90.8 %) dan Ketiga, RF/64621 Ishak bin Che Hassan dari Kontinjen Perak (90.5 %). Johan Qariah pula dengan 87.8 % disandang oleh RF/68078 Maimum bt Selamat dari Kontinjen Pahang, Naib Johan RF/87886 Asiah bt Ayob dari Kontinjen Perak (86.7 %) dan Ketiga, RF/88023 Sa'adiah bt. Hj Md Dewi dari Bukit Aman (86.3 %). Johan Keseluruhan pula dari Kontinjen Perak dengan mengumpul 88.6 % markah.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2008
Johan Qari, SM 93583 Che Ismail bin Che Min dari kontinjen Selangor memperdengarkan bacaan kepada hadirin yang hadir...lalu Kami perintahkan: Pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami binasakan kaum itu sehancur-hancurnya.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2008
dan membantu mereka, dan kami pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, sudah tentu Aku ampunkan dosa-dosa kamu dan Aku masukkan kedalam syurga...
Johan Qariah RF/68078 Maimum bt Selamat dari Kontinjen Pahang

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2008
Ucapan Alu-aluan oleh YDH Ketua Polis Negara

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2008
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Jemaah Hakim, Y.Bhg Sahibul Fadhilah Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah (Agama), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2008
Y.Bhg. Sahibul Fadhilah Dato' Haji Hassan bin Azahari, Jemaah Hakim (Tarannum) menerima cenderahati daripada YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2008
Cenderahati...YB Dato' Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri menerima cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2008
Johan Qari dan Qariah bergambar kenangan bersama trofi piala Ketua Polis Negara

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM