Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
Bukit Aman - 23 Julai 2009. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman hari ini bermula jam 10.00 pagi.
Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Turut hadir bersama beliau ialah Y.Bhg. Puan Sri Hjh. Suriati binti Md Sobri.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH CP Datuk Seri Ramli bin Sha'ari Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin Pengarah JSJ Narkotik, P/DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB) KDN/KA, YDH DCP Dato' Nooryah binti Md Anvar Timbalan Pengarah 1 JSJ Komersil, YDH SAC I Dato' Hj. Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan, anggota serta kakitangan awam Bukit Aman.
Majlis Tilawah Al-Quran yang diadakan pada pagi ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari seorang wakil qari dan qariah untuk mewakili Bukit Aman ke majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM tetapi juga adalah berhasrat untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan peserta dan juga dapat memberi manfaat kepada hadirin yang hadir supaya dapat menghayati kandungan ayat-ayat suci tersebut.
Sesungguhnya Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang sewajarnya mesti dimartabatkan oleh setiap umat Islam. Membaca Al-Quran merupakan semulia-mulia ibadah sebagaimana dinyatakan oleh hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Na'im yang bermaksud "Amal Ibadah Yang Paling Afdal Ialah Membaca Al-Quran".
"Sesiapa Yang Membaca Satu Huruf Dari Kitab ALLAH, ALLAH Akan Menulis Baginya Satu Hasanah (Kebaikan), Satu Hasanah Itu Pula Akan Digandakan Sepuluh Kali Ganda Sepertinya" (Riwayat Al-Bukhari dari Ibnu Mas'ud)
Seramai 5 orang qari dan 4 orang qariah telah memperdengarkan bacaan mereka pada pagi ini. Keputusan telah diumumkan oleh Y.Bhg. Tuan Azizan bin Shaari, Pengerusi Jemaah Hakim.
Johan Qari - SI Hj. Mohd Tahir bin Malik Markah 78%
Naib Johan - Azwan bin Tamin Markah 77%
Ketiga - Baharom bin Rejab Markah 64%
Johan Qariah - Roosni bin Harudin Markah 78%
Naib Johan - SM Sa'adiah binti Hj. Md Dewi Markah 70%
Ketiga - Hajah Khadijah binti Mat Repah Markah 67%

Ucapan Perasmian oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

YDH Dato' Pengarah, Dato'-Dato' Timbalan Pengarah serta pegawai kanan yang turut hadir

kanan...Y.Bhg. Puan Sri Hjh. Suriati binti Md Sobri, isteri YDH Timbalan Ketua Polis Negara juga turut hadir

Antara warga kaum wanita Bukit Aman yang hadir

Kusyuk mendengar bacaan Al-Quran peserta...

Persembahan Nasyid Kumpulan Al-Najwa, Desa Baiduri Cheras

Johan Qari...SI Hj. Mohd Tahir bin Malik memperdengarkan bacaan Surah Al-Baqarah , Ayat 44

Johan Qariah, Hajah Roosni bin Harudin dari Jabatan Pengurusan

YDH SAC I Dato' Zamri bin Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar