Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 760 orang pelatih yang terdiri daripada 370 lelaki dan 390 wanita telah berjaya menamatkan Latihan Asas Kor SUKSIS dengan cemerlang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tamat-latihan-perlantikan-kor-suksis-ipta-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:51 MYT

Serdang - 21 Jun 2009. Majlis Tamat Latihan & Perlantikan Kor SUKSIS IPTA 2009 telah berlangsung di Padang Kawat, Universiti Putra Malaysia, Serdang pada pagi ini.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir sama di majlis itu ialah Y.Bhg Prof Datuk Dr. Nik Mustapha bin Raja Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Y.Bhg ACP/KS Dato' Ir. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi merangkap Komandan Kor SUKSIS Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, Y.Bhg ACP/KS Prof Dr. Azli bin Mohamed, Komandan Kor SUKSIS Universiti Putra Malaysia, Komandan-Komandan SUKSIS IPTA, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Seramai 760 orang pelatih yang terdiri daripada 370 lelaki dan 390 wanita telah berjaya menamatkan Latihan Asas Kor SUKSIS dengan cemerlang dari lima belas buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Universiti Perguruan Sultan Idris adalah antara IPTA yang paling ramai pelatih-pelatih terlibat dalam majlis ini, iaitu seramai 69 orang pelatih.

Majlis Tamat Latihan & Perlantikan Kor SUKSIS IPTA 2009 ini adalah penuh dengan adat istiadat Polis Diraja Malaysia dan ianya melambangkan penghormatan dan pengiktirafan PDRM kepada Kor SUKSIS bahawa para pelatih adalah sebahagian daripada warga Polis Diraja Malaysia. Modul latihan selama tiga tahun yang dibentuk khas ini memberi penekanan untuk menanam kefahaman terhadap kerjaya kepolisan di kalangan para pelatih Kor SUKSIS. Latihan ini juga melengkapkan para pelatih dengan kelebihan dari segi ketahahan mental, fizikal dan juga disiplin diri.

Di majlis ini juga, tiga anugerah telah diberi kepada setiap IPTA iaitu Pelatih Keseluruhan Terbaik, Pelatih Latihan Luar Terbaik dan Pelatih Akademik Terbaik.

Kini 20 buah IPTA sudah pun menubuhkan Kor SUKSIS dengan kekuatan seramai 1,857 orang pegawai dan anggota. Jumlah perjawatan yang diperuntukkan untuk Kor SUKSIS beroperasi secara optimum adalah 3,868 orang dan akan tercapai dalam tempoh beberapa tahun terdekat ini.

Dalam ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau mengumumkan mulai hari yang bersejarah ini, setiap ahli Kor SUKSIS yang telah tamat tempoh Latihan Asas dengan sempurna di IPTA masing-masing, akan dilantik sebagai Inspektor Sukarelawan Polis (PVR) di tempat mereka tinggal atau bekerja, bergantung kepada kekosongan yang ada. Sekiranya tidak ada kekosongan perjawatan, mereka akan dimasukkan dalam senarai bebas dan diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan tersebut. Disamping itu, bekas pelatih juga akan diberi keutamaan tinggi untuk diterima apabila mereka memilih jawatan sebagai Inspektor Polis sebagai kerjaya mereka kelak.

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
Ketibaan YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan telah disambut oleh Y.Bhg. Prof Datuk Dr. Nik Mustapha bin Raja Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan Y.Bhg ACP/KS Dato' Ir. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi 

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
YDH Ketua Polis Negara membuat pemeriksaan perbarisan dan diiringi oleh YDH Komandan Kor SUKSIS

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
Antara Ketua-ketua Polis Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang turut hadir...

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
Perbarisan berjalan lalu dalam perlahan masa dengan didahului oleh Kawalan Kehormatan

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
Melintasi pentas utama dalam cepat masa

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
Amanat oleh YDH Ketua Polis Negara kepada semua Kor SUKSIS

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
Pelatih Keseluruhan Terbaik..KS/31075 Ramesh a/l Narianan dari Universiti Malaysia Sarawak

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Naib Censelor UPM

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
Lafaz Ikrar Taat Setia...

Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
KS/25344 Azimah binti Ramli, Pelatih Akademik Terbaik dari Universiti Sains Malaysia menerima Sijil daripada YDH Ketua Polis Negara yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM