Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Dan Ngo India
Bukit
Aman - 23 Jun 2009. Majlis Dialog YDH Ketua Polis Negara Bersama
Pemimpin Dan NGO India telah berlangsung di Auditorium Bukit Aman pada
jam 3.00 petang.
Taklimat
Polis Diraja Malaysia telah disampaikan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan
Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Turut hadir ialah YDH Tan Sri Haji
Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri
Ramli bin Sha'ari, Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Dato' Abdul Razak bin
Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd
Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Koh Hong Sun,
Pengarah JSJ Komersial dan YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin,
Pengarah JSJ Narkotik serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Seramai
18 orang dari Pemimpin dan NGO India telah hadir di Majlis Dialog ini.
Antaranya ialah Dato' Siva Subramaniam dari SUHAKAM, Datuk Dr. Denison
Jayasooria juga dari SUHAKAM, Datuk Vaithilingam a/l Ampalavanar dari
Hindu Sangam, Dato' Thambirajah a/l Muniandy, Sri Murugan Centre dan
Dato' Jegadeesan.
Ini
merupakan kali pertama PDRM mengadakan majlis dialog bersama dengan
pemimpin dan NGO India. Perjumpaan kali ini adalah signifikant kerana ia
menjadi jambatan kepada hubungan yang lebih erat dan dapat meningkatkan
persefahaman kaum india terhadap Polis Diraja Malaysia.
Antara
objektif perjumpaan pada petang ini adalah bertujuan untuk memperolehi
dan mengetahui masalah-masalah kaum india untuk pihak PDRM membantu
menyelesaikannya. Ianya juga merupakan satu platform untuk mendapatkan
idea bagaimanan PDRM dan kaum india dapat bekerjasama unttuk memerangi
jenayah, yang telah membawa implikasi 'Fear Of Crime' di kalangan
masyarakat.
Perjumpaan ini diharap membawa hasil kolaborasi yang positif ke arah satu masyarakat yang aman, selamat dan bebas jenayah.

Taklimat disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara

Majlis Dialog bermula dengan pemimpin dan NGO India

YDH Ketua Polis Negara menjawab persoalan yang diajukan oleh wakil NGO

Antara pemimpin dan NGO India yang hadir

duduk
dari kanan...Dato' Siva Subramaniam dari SUHAKAM, Datuk Dr. Denison
Jayasooria juga dari SUHAKAM, Datuk Vaithilingam a/l Ampalavanar dari
Hindu Sangam, Dato' Thambirajah a/l Muniandy, Sri Murugan Centra