Majlis Tamat Latihan Perlantikan Kor Suksis Ipta 2009
Serdang
- 21 Jun 2009. Majlis Tamat Latihan & Perlantikan Kor SUKSIS IPTA
2009 telah berlangsung di Padang Kawat, Universiti Putra Malaysia,
Serdang pada pagi ini.
Majlis
telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan,
Ketua Polis Negara. Hadir sama di majlis itu ialah Y.Bhg Prof Datuk Dr.
Nik Mustapha bin Raja Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia,
Y.Bhg ACP/KS Dato' Ir. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi, Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi merangkap Komandan Kor SUKSIS Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua
Polis Selangor, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Ketua-Ketua Polis
Negeri, Y.Bhg ACP/KS Prof Dr. Azli bin Mohamed, Komandan Kor SUKSIS
Universiti Putra Malaysia, Komandan-Komandan SUKSIS IPTA, Ketua-ketua
Jabatan Kerajaan, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Seramai
760 orang pelatih yang terdiri daripada 370 lelaki dan 390 wanita telah
berjaya menamatkan Latihan Asas Kor SUKSIS dengan cemerlang dari lima
belas buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Universiti Perguruan
Sultan Idris adalah antara IPTA yang paling ramai pelatih-pelatih
terlibat dalam majlis ini, iaitu seramai 69 orang pelatih.
Majlis
Tamat Latihan & Perlantikan Kor SUKSIS IPTA 2009 ini adalah penuh
dengan adat istiadat Polis Diraja Malaysia dan ianya melambangkan
penghormatan dan pengiktirafan PDRM kepada Kor SUKSIS bahawa para
pelatih adalah sebahagian daripada warga Polis Diraja Malaysia. Modul
latihan selama tiga tahun yang dibentuk khas ini memberi penekanan untuk
menanam kefahaman terhadap kerjaya kepolisan di kalangan para pelatih
Kor SUKSIS. Latihan ini juga melengkapkan para pelatih dengan kelebihan
dari segi ketahahan mental, fizikal dan juga disiplin diri.
Di
majlis ini juga, tiga anugerah telah diberi kepada setiap IPTA iaitu
Pelatih Keseluruhan Terbaik, Pelatih Latihan Luar Terbaik dan Pelatih
Akademik Terbaik.
Kini
20 buah IPTA sudah pun menubuhkan Kor SUKSIS dengan kekuatan seramai
1,857 orang pegawai dan anggota. Jumlah perjawatan yang diperuntukkan
untuk Kor SUKSIS beroperasi secara optimum adalah 3,868 orang dan akan
tercapai dalam tempoh beberapa tahun terdekat ini.
Dalam
ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau mengumumkan mulai hari yang
bersejarah ini, setiap ahli Kor SUKSIS yang telah tamat tempoh Latihan
Asas dengan sempurna di IPTA masing-masing, akan dilantik sebagai
Inspektor Sukarelawan Polis (PVR) di tempat mereka tinggal atau bekerja,
bergantung kepada kekosongan yang ada. Sekiranya tidak ada kekosongan
perjawatan, mereka akan dimasukkan dalam senarai bebas dan diberi
keutamaan untuk mengisi kekosongan tersebut. Disamping itu, bekas
pelatih juga akan diberi keutamaan tinggi untuk diterima apabila mereka
memilih jawatan sebagai Inspektor Polis sebagai kerjaya mereka kelak.

Ketibaan
YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan telah disambut oleh
Y.Bhg. Prof Datuk Dr. Nik Mustapha bin Raja Abdullah, Naib Canselor
Universiti Putra Malaysia dan Y.Bhg ACP/KS Dato' Ir. Dr. Radin Umar bin
Radin Sohadi, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi

YDH Ketua Polis Negara membuat pemeriksaan perbarisan dan diiringi oleh YDH Komandan Kor SUKSIS

Antara Ketua-ketua Polis Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang turut hadir...

Perbarisan berjalan lalu dalam perlahan masa dengan didahului oleh Kawalan Kehormatan

Melintasi pentas utama dalam cepat masa

Amanat oleh YDH Ketua Polis Negara kepada semua Kor SUKSIS

Pelatih Keseluruhan Terbaik..KS/31075 Ramesh a/l Narianan dari Universiti Malaysia Sarawak

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Naib Censelor UPM

Lafaz Ikrar Taat Setia...

KS/25344
Azimah binti Ramli, Pelatih Akademik Terbaik dari Universiti Sains
Malaysia menerima Sijil daripada YDH Ketua Polis Negara yang berlangsung
di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah