Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Tahlil, Bacaan Yassin dan Doa Selamat ini juga di adakan serentak di semua peringkat Kontinjen/Briged/ Formasi di semua masjid/surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Briged, Maktab..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tahlil-dan-bacaan-yassin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:36 MYT

Bukit Aman - 19 Mac 2010. Majlis Tahlil, Bacaan Yassin dan Doa Selamat sempena Peringatan Hari Polis ke-203 Tahun 2010 peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah di adakan selepas Solat Maghrib di Masjid Bukit Aman.

YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah hadir sama dimajlis itu. Turut hadir ialah mantan Ketua Polis Negara, Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz dan juga mantan-mantan Pengarah Polis Diraja Malaysia.

Tetamu yang hadir telah disambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan juga YDH Datuk, Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia.

Majlis Tahlil, Bacaan Yassin dan Doa Selamat ini juga di adakan serentak di semua peringkat Kontinjen/Briged/ Formasi di semua masjid/surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Briged, Maktab dan juga Ibu Pejabat Polis daerah.

Majlis dimulai dengan Solat Maghrib, Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat. Selepas Solat Isyak, semua tetamu diraikan dengan majlis jamuan makan malam.

Majlis ini adalah anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
Ketibaan YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri disambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan,Ketua Polis Negara diperkarangan Masjid Bukit Aman

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
Datuk Yusof Haslam, Skop Production Sdn. Bhd menyumbangkan 2,000 naskah Surah Yassin untuk Masjid Bukit Aman. Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang setimpal di atas segala sumbangan yang diberikan.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
Sembahyang Maghrib telah di Imamkan oleh Supt. Ghazali bin Daud dari BAKA Bukit Aman.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
Bacaan Yassin...

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
hadapan sekali...Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, Mantan Ketua Polis Negara yang ke 4 juga turut hadir

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
dua dari kanan..YDH CP Dato'Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan bersama-sama Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
Antara pegawai dan anggota serta kakitangan awam Bukit Aman yang hadir...

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
dua dari kanan...Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
dari kanan...YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara , YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri,Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, Mantan Ketua Polis Negara danY.Bhg. Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz , mantan Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin
Meja Utama... Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, isteri Ketua Polis Negara (dua dari kanan), Puan Sri Suriati binti Md. Sobri, isteri Timbalan Ketua Polis Negara (dua dari kiri), Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari dan Datin Rohaya binti Dato' Hj. Mohd Yassinbersama Y.Bhg. Datin Wira Rahimi binti Yeop (tengah)

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM