Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur
Cheras - 12 Mac 2010. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab PDRM Kuala Lumpur telah berlangsung pagi ini, bersamaan 26 Rabiulawal 1431 Hijrah/2010 Masihi
Dengan bertemakan 'Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan Ummah', perarakan bermula dari Padang Kawad Maktab PDRM Kuala Lumpur menuju ke Dewan Sultan Haji Ahmad Shah. Sebanyak lapan pasukan yang terdiri dari Pusat-Pusat Pengajian dan Bahagian Pengurusan serta Kem Komandan di Maktab PDRM KL telah mengambil bahagian.
Satelah selesainya perarakan, semua peserta mendengar ceramah dari penceramah jemputan iaitu, Y.Bhg. Ustaz Haji Zamihan bin Haji Mat Zin, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, ILIM dari JAKIM, bertajuk 'Air Mata Rasulullah' di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH SAC I Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, KOmandan Maktab PDRM Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Kanan dan warga Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Majlis ini adalah anjuran Surau Al-A'limin Maktab PDRM KL dan Bahagian Agama dan Kaunseling Maktab PDRM KL.

Johan Perarakan dari Pusat Penyelidikan Sumber & Kajian Kurikulum, yang berjaya mengumpul 89 markah.

Naib Johan, Pusat Bina Insan

Tempat Ketiga, Kem Komandan

Perarakan dan Selawat dari Bahagian Pengurusan

Perarakan dari Pusat Pengajian Siasatan & Pendakwaan

Memotong pulut kuning, Hari Lahir Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur

kiri...Y.Bhg. Ustaz Haji Zamihan bin Haji Mat Zin bersama YDH Komandan Maktab PDRM KL dan Pegawai-pegawai Kanan dan warga Maktab PDRM KL di majlis jamuan makan tengahari.