Article
Majlis Serah Terima Tugas Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Awam Dan Penolong Pengarah Pengur
YDH P/ACP Ramli bin Mohamed secara rasminya mengambil alih jawatan Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) hari ini yang selama ini telah disandang ole...
Bukit Aman, 16 Februari 2011
YDH P/ACP Ramli bin K.P Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Awam) secara rasminya mengambil alih jawatan Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) hari ini yang selama ini telah disandang oleh P/ACP Rasdi bin Ramli yang telahpun berkhidmat di Cawangan Perhubungan Awam PDRM sejak 17 tahun lalu, bermula dari pangkat Inspektor.

Dalam pada itu, posisi perjawatan Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Awam) itu pula diisi oleh YDH ACP Hajjah Fatimah binti Abdul Hamid yang sebelumnya bertugas sebagai Pegawai Turus Pentabdiran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Kekosongan perjawatan Pegawai Turus Pentabdiran IPK Kuala Lumpur ini pula akan diisi oleh YDH P/ACP Rasdi bin Ramli.
Majlis Serah Terima Tugas tersebut disaksikan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) PDRM, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman dan turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) YDH SAC Dato' Muhamad Nadzri bin Ismail serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) bersama dengan YDH P/ACP Rasdi bin Ramli (Pen. Pengarah Pengurusan - Perhubungan Awam)

Bacaan doa daripada Cawangan BAKA Bukit Aman.

Antara pegawai-pegawai yang hadir ...

Sesi tandatangan dokumen penugasan di antara YDH P/ACP Ramli bin K.P Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Awam) dengan YDH ACP Hajah Fatimah binti Abdul Hamid, Pegawai Turus Pentabdiran IPK Kuala Lumpur.

Penyerahan dokumen penugasan di antara YDH P/ACP Rasdi bin Ramli, Pegawai Turus Pentabdiran IPK Kuala Lumpur baru dengan YDH P/ACP Ramli bin K.P Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) baru.

Ucapan daripada YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Bergambar kenang kenangan bersama
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan