Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH CP Dato' Robiah telah mengambilalih jawatan tersebut yang selama ini dipangku oleh Prof. Madya Datin Dr. Fatimah Moosa, isteri kepada YDH DCP Dato' Mortadza Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-pengerusi-perkep-jabatan-pengurusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:45 MYT

BUKIT AMAN, 19 JANUARI 2011

"Kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada saya telah memberikan kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan pasukan dan negara. Jawatan sebagai Pengarah Pengurusan dan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan memerlukan komitmen yang tinggi untuk menjayakan visi dan misi pasukan," demikian kata YDH CP Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ketika berucap di Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan di Auditorium PDRM Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

YDH CP Dato' Robiah telah mengambil alih jawatan tersebut yang selama ini dipangku oleh Prof. Madya Datin Dr. Fatimah Moosa, isteri kepada YDH DCP Dato' Mortadza Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dengan disaksikan oleh Puan Sri Hajah Suriati Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia yang juga isteri YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

"Selain Ahli Jawatankuasa PERKEP, saya berharap semua Ahli PERKEP Pengurusan yang bukan sahaja terdiri daripada pegawai tetapi anggota serta kakitangan awam dapat sama-sama membantu saya dalam menjayakan aktiviti dan program tahunan yang telah dijadualkan. Komitmen yang tinggi daripada ahli-ahli PERKEP Jabatan Pengurusan amat saya sanjungi dan berharap ianya terus dipertingkatkan demi menaikkan imej jabatan dan pasukan polis." ujar beliau lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDH SAC Dato' Zaleha bte. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan PDRM dan pegawai-pegawai kanan PDRM yang lain.


Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan
Para tetamu dan jemputan yang hadir...

Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan
Bacaan doa oleh Ustazah Jamaliah bt Ismail dari Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA).

Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan
Duduk dari kiri...YB Prof. Madya Datin Dr. Fatimah bt Moosa, YB Puan Sri Hajah Suriati bt Mohd Sobri dan YDH Dato' Robiah bt Abdul Ghani, menyempurnakan upacara menandatangani dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan.

Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan
Ucapan daripada Pengerusi PERKEP, YDH Dato' Robiah bt Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan Bukit Aman.

Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan
Sesi bergambar bersama barisan kepimpinan PERKEP.

WARTAWAN    : L/KPL NOOR AZIMA ZAKARIA & KONST. NORLIZA BASRAH
JURUFOTO     : L/KPL MUHAMMAD LOKMANUL HAKIM BIN S.NOR
PENYUNTING  : F29 SITI FATIMAH

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM