Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Sempena dengan persaraan wajib YDH CP Datuk Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-pengarah-jabatan-siasatan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:07 MYT

Bukit Aman - 8 Januari 2008. Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM dan juga Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah, iaitu sempena dengan persaraan wajib YDH CP Datuk Christopher Wan Soo Kee telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman.

Majlis telah disaksikan oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir sama dimajlis tersebut, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg. Datin Suriati Binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg. Datin Kong Suit Mui, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan Datin-Datin, Timbalan-Timbalan Pengarah dan isteri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli-ahli PERKEP serta wakil-wakil media.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
YDH Datuk Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menyerahkan 'Tongkat Kuasa' kepada Pemangku Pengarah JSJ, YDH P/DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah 1 JSJ sambil disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Y.Bhg. Datin Kong Suit Mui, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah menyerahkan dokumen kepada Y.Bhg. Datin Zaitun binti Mohd Isa sambil disaksikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM