Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara Baharu

Diterbitkan: 04 Sep 2017 4.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 4 September 2017 - Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar secara rasminya menyerahkan tugas selaku Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Mohd Fuzi Harun dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang diadakan di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL), pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-ketua-polis-negara-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS NEGARA BAHARU

Kuala Lumpur, 4 September 2017 - Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar secara rasminya menyerahkan tugas selaku Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Mohd Fuzi Harun dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang diadakan di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL), pagi tadi.

Datuk Seri Mohd Fuzi sebelum ini merupakan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman secara rasminya menjadi Ketua Polis Negara yang ke-11 dalam catatan sejarah pasukan keselamatan tertua dalam negara itu.

Majlis pagi tadi disaksikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama kedua-dua Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat.

Tan Sri Khalid dalam ucapan penghargaannya menyeru semua warga PDRM untuk terus teguh dengan ikrar taat setia kepada pasukan dan bernaung di bawah panji Sang Saka Biru untuk menjaga keselamatan negara dan kepentingan masyarakat.

"Saya menyeru kepada semua pegawai dan anggota, untuk terus bersama-sama kepimpinan tertinggi PDRM, dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan kepada masyarakat", ujar beliau.

Turut diadakan dalam majlis yang sama adalah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Malaysia di antara isteri kepada Tan Sri Khalid iaitu Puan Sri Dato' Imran Ibrahim dengan Datin Sri Azizah Hamdi yang sebelum ini menjawat jawatan Pengerusi PERKEP Cawangan Khas.

Turut hadir dalam majlis yang bersejarah tadi adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim dan isteri Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor selaku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, barisan Pengarah PDRM dan isteri, barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri dan isteri, ahli-ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri, ahli-ahli PERKEP dan para warga PDRM.

1
upacara simbolik penyerahan tongkat kuasa Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar kepada Datuk Seri Mohd Fuzi Harun...

2
sekitar upacara menandatangani dokumen serah terima jawatan Ketua Polis Negara..

3
Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar secara rasminya menyerahkan tugas selaku Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Mohd Fuzi Harun dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

4
Sekitar majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara

5
Sesi Bergambar kenangan
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2017 4.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM