Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jsjn

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penyerahan Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Komisioner Polis (CP) Dato' Zul Hasnan Najib Bin Baharudin Kepada Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato' Othman Bin Harun...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-jawatan-pengarah-jabatan-siasatan-jenayah-narkotik-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:54 MYT
Bukit Aman - 2 September 2010. Majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah dilangsungkan di bangunan Mes Pegawai Bukit Aman pada pagi ini.
    Majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) oleh Yang Dihormati Komisioner Polis (CP) Dato' Zul Hasnan Najib Bin Baharudin Kepada Yang Dihormati Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato' Othman Bin Harun bertempat di bangunan Mes Pegawai pada pagi ini telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Ismail Omar Timbalan Ketua Polis Negara.
    Pemegang Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sebelum ini iaitu Yang Dihormati Komisioner Polis (CP) Dato' Zul Hasnan Najib Bin Baharudin telah memegang jawatan ini selama 2 tahun 8 bulan sejak tahun 2008. Beliau telah berbakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 38 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan daripada Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Daerah, Timbalan Ketua Polis Negeri, dan seterusnya sebagai seorang Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
     Sepanjang dalam pimpinan beliau sejak tahun 2008, prestasi tangkapan keseluruhan jabatan meningkat sebanyak 19% berbanding tahun 2008, manakala bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, prestasi tangkapan keseluruhan jabatan meningkat sebanyak 37%, iaitu merupakan tahap tertinggi sepanjang jabatan ini ditubuhkan.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jsjn
YDH Komisioner Polis (CP) Dato' Zul Hasnan (kiri), YDH Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) Tan Sri Ismail Omar (tengah), dan Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato Othman bin Harun (kanan) dalam majlis menandatangani serah terima tugas.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jsjn
YDH Komisioner Polis (CP) Dato' Zul Hasnan memberikan kata-kata akhir beliau.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jsjn
YDH Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) Tan Sri Ismail memberikan kata-kata penghargaan ke atas jasa dan bakti Dato' Zul Hasnan.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jsjn
YDH Komisioner Polis (CP) Dato' Zul Hasnan (kiri), YDH Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) Tan Sri Ismail Omar (tengah), dan Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato Othman bin Harun (kanan) semasa sidang media pada hari itu.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jsjn
Sesi bergambar bersama pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM