Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Briged Sabah Dan Briged Utara Pga Di Timor Leste

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.41 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Briged Sabah PGA diwakili oleh DSP Toipi Lamat dan Briged Utara PGA pula diwakili oleh DSP Husin Patimi bin Mohamed..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-briged-sabah-dan-briged-utara-pga-di-timor-leste
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT

Dili, Timor Leste - 8 Oktober 2008. Majlis Serah Terima Tugas Formed Police Unit (FPU) PDRM di bawah Misi Pengaman PBB di Timor Leste, antara Briged Sabah PGA dan Briged Utara PGA di Timor Leste telah berlangsung di Bilik Gerakan, Markas Taktikal MAL - FPU UNMIT yang terletak di Instituto National da Administracao Publica (INAP) di Comoro, Dili Timor Leste.

Briged Sabah PGA diwakili oleh DSP Toipi Lamat dan Briged Utara PGA pula diwakili oleh DSP Husin Patimi bin Mohamed, selaku Ketua Kontinjen. Sebelum majlis bermula, semua pegawai-pegawai dari kedua-dua Briged PGA telah diberikan taklimat ringkas mengenai penugasan yang akan dijalankan di Timor Leste oleh DSP Toipi Lamat.

Majlis Serah Terima Tugas itu telah disaksikan oleh YDH ACP Ramli bin Din, Timbalan Komander Briged Utara PGA.

Majlis Serah Terima Tugas Briged Sabah Dan Briged Utara Pga Di Timor Leste

Majlis Serah Terima Tugas Formed Police Unit (FPU) PDRM antara Briged Sabah PGA dan Briged Utara PGA.


Majlis Serah Terima Tugas Briged Sabah Dan Briged Utara Pga Di Timor Leste

Antara pegawai-pegawai dari kedua-dua Briged PGA yang hadir.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.41 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM