Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Published: 11 Jun 2014 1.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penyerahan Pondok Komuniti PP4C7 Bandar Kinrara 5 Puchong Selangor untuk digunapakai bersama oleh Pihak Polis Balai Puchong Jaya menunjukkan bahawa persatuan penduduk di sini bersedia dan sentiasa bek..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-guna-pakai-bersama-pondok-komuniti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT

Serdang, 2 April 2011 - Penyerahan Pondok Komuniti PP4C7 Bandar Kinrara 5 Puchong Selangor untuk digunapakai bersama oleh Pihak Polis Balai Puchong Jaya menunjukkan bahawa persatuan penduduk di sini bersedia dan sentiasa bekerjasama dengan polis dalam menentukan keselamatan setempat.

Ketua Polis Daerah Serdang, YDH Supt. Abd. Razak bin Elias berkata, ini jelas sekali menunjukkan falsafah "Community Policing" dapat dihayati dan dilaksanakan.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut YDH DSP Lam Chien Fei, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, YDH C/Insp Lokman bin Ahmad, Ketua Polis Balai Puchong Jaya serta wakil penduduk Taman PP4C7 Bandar Kinrara, En. Calvin Saw, Pengerusi Taman PP4C7 Bandar Kinrara dan En. Choo Lub Khung, Setiausaha Taman PP4C7 Bandar Kinrara serta hadirin yang hadir.

Ketua Polis Daerah Serdang YDH Supt. Abd. Razak bin Elias turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada wakil-wakil penduduk yang telah banyak membantu pihak Polis Serdang dalam menurunkan indeks jenayah sempena sambutan Hari Polis Yang Ke-204.

Beliau juga turut menerangkan bagaimana "Community Policing" dapat mewujudkan keselamatan setempat:

i. Setiap individu masyarakat dalam sesuatu kawasan perumahan digalakkan mengenali anggota polis sektor dan juga Ketua Polis Balai. "Call Card" Sektor yang telah diimplemantasikan adalah cara pihak polis Selangor menyerahkan anggota polis kepada masyarakat untuk "digunapakai" mereka ini (menyalurkan maklumat). Mereka ini boleh dihubungi bila-bila masa untuk menyampaikan maklumat, pengaduan dan apa jua bantuan dan kerjasama yang diperlukan.

ii. Polis akan mendengar sebarang pengaduan, komen dan idea daripada masyarakat. Masyarakat boleh mengutarakan idea-idea untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan setempat. Masyarakat terdiri daripada individu-individu yang memiliki kepakaran masing-masing. Kepelbagaian kepakaran mereka ini adalah aset dan baik untuk dijadikan strategi pencegahan jenayah setempat yang lebih holistik.

iii. Kepercayaan dan keutuhan semangat kejiranan hendaklah dipupuk agar dilihat satu kesepaduan yang jitu agar sukar penjenayah menembusi sesuatu kawasan perumahan. Program-program secara kolektif bagi penduduk-penduduk setempat hendaklah giat dilakukan agar dapat mengenali satu sama lain. Pihak Polis hendaklah dijemput bersama di dalam perjumpaan sebegini untuk berinteraksi dengan lebih terbuka dan ikhlas.

iv. 'Broken Window Theory' menyatakan jika antara kita tidak mengambil kisah atas sesuatu perkara yang berlaku di kawasan kita maka jika sesuatu rumah itu mulanya satu tingkap pecah maka lama kelamaan rumah itu akan habis tingkapnya dan semua di dalamnya akan rosak atau hilang. Begitu juga bagi kenderaan-kenderaan yang terbiar di tepi-tepi jalan, keadaan yang sama akan berlaku jika tiada siapa yang ambil kisah.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan menyeru masyarakat agar memiliki kesedaran keselamatan dan pihak polis sentiasa berusaha merealisasikannya melalui pendekatan konsep 4P yang telah diperkenalkan oleh Ketua Polis Negara.


Gambar-gambar Sekitar Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pusat Komuniti PP4C7.

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Majlis Serah Guna Pakai Bersama Pondok Komuniti

Wartawan / Jurufoto :    L/Kpl Mohd Helmi
Penyunting               :    C/Insp Norsuzila bt. Kamaruldin


ArticlePublished 11 Jun 2014 1.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM