Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sesi Bersama Ydh Ketua Polis Negara Di Infra

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Biarpun dalam jadual kerja yang amat padat, YDH Ketua Polis Negara sudi meluangkan masa, berkongsi pengetahuan dengan peserta-peserta seminar dengan taklimatnya yang bertajuk, ' Perpaduan Dan Keselama..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sesi-bersama-ydh-ketua-polis-negara-di-infra
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT

Bangi , 4 April 2011 - YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menyampaikan taklimat beliau  sempena Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme yang bermula semalam sehingga 5 April ini di Institut Kemajuan Desa (INFRA) hari ini.

Biarpun dalam jadual kerja yang amat padat, YDH Ketua Polis Negara sudi meluangkan masa, berkongsi pengetahuan dengan peserta-peserta seminar dengan taklimatnya yang bertajuk, ' Perpaduan Dan Keselamatan Teras Membina Negara Masa Depan'.

Dalam taklimatnya, beliau banyak menekankan skop perkaitan di antara perpaduan nasional dan keselamatan negara yang merupakan salah satu daripada tonggak kesejahteraan negara pada masa kini dan masa akan datang.

Seminar ini merupakan penyertaan daripada Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan di seluruh negeri Johor.  

Taklimat beliau disusuli dengan sesi soal jawab daripada peserta seminar.

Sesi Bersama Ydh Ketua Polis Negara Di Infra
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi.

Sesi Bersama Ydh Ketua Polis Negara Di Infra
Inilah Barisan Kita....menyanyi beramai-ramai dengan penuh semangat

Sesi Bersama Ydh Ketua Polis Negara Di Infra
'Penghulu' melapurkan kehadiran peserta-peserta seminar


Sesi Bersama Ydh Ketua Polis Negara Di Infra
Taklimat disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara, bertajuk, ' Perpaduan Dan Keselamatan Teras Membina Negara Masa Depan'.

Sesi Bersama Ydh Ketua Polis Negara Di Infra
Sesi dialog dan soal jawab dari peserta-peserta Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme


Wartawan  : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    : L/Kpl Mohd Khaidzir bin Mahmad
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM