Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Published: 11 Jun 2014 7.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya yakin dan percaya bahawa SAC Abdul Hamid bin Mohd Ali dapat menjalankan tugas dan kewajipan dengan lancar kerana Cawangan PSP ini merupakan satu elemen yang amat penting khususnya dalam menghadap..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-dan-terima-tugas-jawatan-komander-pasukan-simpanan-persekutuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:01 MYT

Bukit Aman, Kuala Lumpur, 23 September 2011

Syabas kepada YDH SAC Abdul Hamid bin Mohd Ali atas kenaikan pangkat beliau sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang bermula pada hari ini. Serba sedikit biodata mengenai SAC Abdul Hamid bin Mohd Ali:

Dilahirkan pada 18/01/1958 di Ulu Kinta, Perak dan memasuki PDRM pada 03/071977 dengan pangkat Inspektor percubaan. Beliau mendirikan rumahtangga dengan DSP Zaiton binti Mohd Nor pada 10/04/1982.

Jawatan -jawatan yang pernah disandang oleh beliau:-

01. Pegawai Kompeni Pulapol Kuala Lumpur                                                    19/02/1978
02. Pensyarah undang - undang Pulapol Kuala Lumpur                                   26/01/1981
03. Pegawai penyiasat JSJ Putrajaya                                                             19/10/1981
04. Penolong pegawai penjaga Terup 4B unit 4 PSP Kuala Lumpur                15/02/1988
05. Pegawai penjaga Terup 4B unit 4 PSP Kuala Lumpur                                01/081990
06. Pegawai pemerintah unit 4 PSP Kuala Lumpur                                          17/02/1997
07. KBPD IPD Johor Bahru, Johor                                                                    03/04/2000
08. KBPD IPD Johor Bahru Selatan, Johor                                                       01/05/2002
09. Pegawai pemerintah unit 2 PSP Johor                                                       28/02/2003
10. KJKA/KTN, IPK Kuala Lumpur                                                                     30/07/2008

"Saya yakin dan percaya bahawa YDH SAC Abdul Hamid bin Mohd Ali dapat menjalankan tugas dan kewajipan dengan lancar kerana Cawangan PSP ini merupakan satu elemen yang amat penting khususnya dalam menghadapi ancaman ketenteraman awam di negara ini. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah sebagai Komander PSP" ucap YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA di Majlis Serah Terima Tugas Komander PSP hari ini.

Majlis sempena serah terima tugas Komander PSP ini telah berlangsung di tingkat 17, Menara 1, Bukit Aman. Turut hadir di majlis serah terima tugas ini ialah YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Muhammad Wira Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan dan Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antara Bangsa) Jabatan KDN/KA, Pegawai-pegawai Kanan, serta anggota Pasukan Simpanan Persekutuan.


Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan


Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
YDH SAC Abdul Hamid bin Mohd Ali menandatangani dokumen serah terima tugas Komander PSP

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
DSP Zaiton binti Mohd Nor menandatangani dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP PSP

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, memberi ucapan kata - kata aluan

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
YDH SAC Abdul Hamid bin Mohd Ali, memberi ucapan sempena pelantikan beliau sebagai Komander PSP

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
Antara jemputan yang turut hadir

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
YDH SAC Abdul Hamid bin Mohd Ali berkongsi kegembiraan bersama isteri tercinta



Wartawan/Jurugambar: L/kpl Helmi bin Saadin
Penyunting: Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM