Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur

Published: 10 Jun 2014 1.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dengan bertemakan 'Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan Ummah', perarakan bermula dari Padang Kawad Maktab PDRM Kuala Lumpur menuju ke Dewan Sultan Haji Ahmad Shah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-sambutan-maulidur-rasul-peringkat-maktab-pdrm-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:46 MYT

Cheras - 12 Mac 2010. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab PDRM Kuala Lumpur telah berlangsung pagi ini, bersamaan 26 Rabiulawal 1431 Hijrah/2010 Masihi

Dengan bertemakan 'Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan  Ummah', perarakan bermula dari Padang Kawad Maktab PDRM Kuala Lumpur menuju ke Dewan Sultan Haji Ahmad Shah. Sebanyak lapan pasukan yang terdiri dari Pusat-Pusat Pengajian dan Bahagian Pengurusan serta Kem Komandan di Maktab PDRM KL telah mengambil bahagian.

Satelah selesainya perarakan, semua peserta mendengar ceramah dari penceramah jemputan iaitu, Y.Bhg. Ustaz Haji Zamihan bin Haji Mat Zin, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, ILIM dari JAKIM, bertajuk 'Air Mata Rasulullah' di  Dewan Sultan Haji Ahmad Shah.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH SAC I Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, KOmandan Maktab PDRM Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Kanan dan warga  Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Majlis ini adalah anjuran Surau Al-A'limin Maktab PDRM KL dan Bahagian Agama dan Kaunseling Maktab PDRM KL.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur
Johan Perarakan dari Pusat Penyelidikan Sumber & Kajian Kurikulum, yang berjaya mengumpul 89 markah.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur
Naib Johan, Pusat Bina Insan

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur
Tempat Ketiga, Kem Komandan

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur
Perarakan dan Selawat dari Bahagian Pengurusan

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur
Perarakan dari Pusat Pengajian Siasatan & Pendakwaan

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur
Memotong pulut kuning, Hari Lahir Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Maktab Pdrm Kuala Lumpur
kiri...Y.Bhg. Ustaz Haji Zamihan bin Haji Mat Zin bersama YDH Komandan Maktab PDRM KL dan Pegawai-pegawai Kanan dan warga Maktab PDRM KL di majlis jamuan makan tengahari.

ArticlePublished 10 Jun 2014 1.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM