Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Published: 10 Jun 2014 6.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat IPD Ampang Jaya yang diadakan di Surau Al-Azmi, IPD Ampang Jaya Selangor...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-sambutan-maal-hijrah-1432-peringkat-ipd-ampang-jaya-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:08 MYT

Ampang Jaya, 6 Disember, 2010-   Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 telah diadakan pada 6 hb Disember, 2010 jam 1901 hrs bertempat di Surau Al-Azmi, IPD Ampang Jaya, Selangor. Sebelum laungan azan maghrib berkumandang, bacaan akhir tahun dipimpin oleh Ustaz Abdul Aziz (Baka) dan bacaan awal tahun selepas laungan azan maghrib.

Penceramah bebas, YBhg. S. Fadhilah Ustaz Yusri b. Che Md. Jusoh@Ariffin, Jurulatih Dakwah Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pelajaran Selangor telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Iman dan Akhlak Teras Budaya Kerja Cemerlang' dari Perspektif Kepolisan. Kehadiran dianggarkan 200 orang terdiri daripada kalangan pegawai kanan, anggota polis, kakitangan awam dan penduduk sekitar Ampang Jaya. Dalam konteks ini, Penceramah telah menghuraikan imam dan akhlak serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan diiringi dengan niat kerana ia satu ibadah dan tanggungjawab semua pihak.

Turut hadir YDH Supt. Amiruddin b. Jamaluddin, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, APR, kakitangan awam dan penduduk sekitar Ampang Jaya.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Bacaan Doa Akhir tahun dan bacaan awal tahun sempena awal muharram 1432H..


Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Ybhg. S. Fadhilah Ustaz Yusri b. Che Md. Jusoh@Ariffin, Jurulatih Dakwah Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pelajaran Selangor dengan membawa tajuk 'Iman dan Akhlak Teras Budaya Kerja Cemerlang' dari Perspektif Kepolisan.


Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

ArticlePublished 10 Jun 2014 6.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM