Article
Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Jabatan Siasatan Jenayah 2010
Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Jabatan Siasatan Jenayah 2010 telah di adakan di Makmak Forensik, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras pada malam...
Cheras - 20 September 2010. Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Jabatan Siasatan Jenayah 2010 telah diadakan di Makmal Forensik, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras pada malam ini.
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, disambut oleh YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri YBhg Datin Nur Habibah binti Hatim, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Datuk Akhil bin Bulat, Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) dan YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM.Turut hadir di dalam majlis rumah terbuka adalah Pegawai-pegawai Kanan dan anggota polis berserta keluarga dan wakil-wakil media.
Malam Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri ini di mulakan dengan ucapan Salam Aidil Fitri oleh YDH Ketua Polis Negara kepada semua tetamu yang hadir. YDH Ketua Polis Negara juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Siasatan Jenayah di atas kejayaan mereka menyelesaikan kes-kes jenayah, sekaligus mengangkat nama PDRM sebagai pasukan keselamatan yang dihormati.
Harapan Ketua Polis Negara, "kita akan bersama-sama berganding bahu untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat demi memenuhi harapan kerajaan kepada kita."
Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri malam ini diteruskan dengan hiburan nyanyian oleh artis jemputan, kombo PDRM dan pertunjukan silap mata. Disamping itu tetamu bertuah, membawa pulang hadiah berupa hamper dalam aktiviti kuiz pantas yang dikendalikan oleh Supt. Wan Abd Aziz bin Wan Hamzah selaku juru acara malam ini.
Tidak ketinggalan kanak-kanak juga mendapat duit raya yang disampaikan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suraiti binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Dari kanan...YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan Perancangan), YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan YDH SAC Dato' Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah JSJ (Perancang/Strategi)
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Jabatan Siasatan Jenayah 2010
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua tetamu yang hadir
kiri...YBhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia bersama YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Juadah yang enak disediakan kepada tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Jabatan Siasatan Jenayah 2010
Artis jemputan, Rohana Jalil menghiburkan tetamu
Kanak-kanak dihiburkan oleh badut dan silap mata
Persembahan nyayian lagu Hari Raya oleh D7, Jabatan Siasatan Jenayah

Acara kuiz pantas untuk wakil media...
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan duit raya kepada si cilik..
Selesai majlis, YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersalaman dengan hadirin yang hadir
YDH Ketua Polis Negara meninggalkan majlis