Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Bukit Aman

Published: 11 Jun 2014 2.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Logistik PDRM telah berlangsung di perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman pada pagi ini. Majlis pagi ini telah disempurnakan oleh YDH..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perhimpunan-bulanan-semua-jabatan-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:28 MYT
Bukit Aman - 22 April 2011

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Logistik PDRM telah berlangsung di perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman pada pagi ini. Majlis pagi ini telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara adalah anjuran Jabatan Logistik.

Turut hadir majlis pagi ini ialah YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Zubaidah binti Md. Ismail, Pemangku Pengarah Jabatan Logistik, YDH Dato'-dato' Pengarah Jabatan, YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam.

Perhimpunan bulanan pada hari ini adalah untuk mengingatkan kepada seluruh warga PDRM untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

Kaedah PDRM berinteraksi dengan masyarakat secara face-to-face akan mengeratkan silaturahim, meningkatkan keyakinan dan kesefahaman antara PDRM dan masyarakat. Penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat lebih berkualiti melalui aktiviti komuniti dan pencegahan jenayah contohnya community policing, perjumpaan dengan persatuan penduduk/penduduk tempatan, aktiviti ceramah/dialog dan menyertai aktiviti anjuran masyarakat.

"Untuk itu, saya merayu kepada semua warga PDRM dari semua jabatan, tanpa mengira pangkat, bangsa, jawatan, pegawai polis atau pegawai awam yang bertugas di PDRM, marilah kita bertindak bersama-sama di bawah payung Satu Malaysia sebagai Satu Pasukan, bersatu tenaga di bawah Satu Pasukan, berjuang merealisasikan sasaran yang ditetapkan ini", ujar YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan beliau pagi ini.

Sempena Majlis perhimpunan pagi ini, seramai tujuh orang pegawai dan lima orang anggota PDRM serta empat orang kakitangan awam telah menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara. Penyampaian Surat Penghargaan telah disempurnakan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Bukit Aman
Kawalan kehormatan memberi hormat di atas ketibaan YDG IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar.

Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Bukit Aman
Bacaan doa oleh YDH Supt. Hj Ghazali bin Hj Daud dari Cawangan BAKA Bukit Aman.

Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Bukit Aman
Upacara Lafaz Ikrar, diketuai oleh YDH ACP Syed Mustafa bin Raja Syed Nordin, Ketua Penolong Pengarah Logistik Persenjataan.

Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Bukit Aman
Antara yang hadir.

Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Bukit Aman
Anggota Pangkat Rendah dan kakitangan awam turut mengambil bahagian.

Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Bukit Aman
Ucapan oleh YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar kepada semua yang hadir.

Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Bukit Aman
YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar mewakili YDH Ketua Polis Negara, menyempurnakan upacara khas Penyampaian Surat Penghargaan kepada penerima-penerima surat penghargaan.


Wartawan    : L/Kpl Edwind bin Indo
Jurufoto    : Konst Raymond bin Martin
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM