Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak Kanak Gaza

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PDRM menyerahkan cek berjumlah RM97,156.55 yang disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia kepada Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza yang akan diterima ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-sumbangan-tabung-bantuan-kemanusiaan-untuk-kanak-kanak-gaza
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:52 MYT

Bukit Aman - 12 Ogos 2009. Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada jam 11.00 pagi.

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza ini dihadiri oleh YABhg.Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Penaung Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza, YABhg.   Tun Jeanne Abdullah, Pengerusi Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza dan Yang Berusaha Miss Choon Bow, Unicef Representative in Malaysia. Turut hadir di majlis ini ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan , Ketua Polis Negara, YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Timbalan-Timbalan Pengarah, Bakat dan PERKEP serta wakil-wakil media.

Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza atau 'Humanitarian Fund For Children Of Gaza', dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah, telah dianjurkan oleh Gabungan Badan Wanita Prihatin yang terdiri dari Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI), Persatuan Keluarga  Polis (PERKEP),  PUSPANITA dan BAKAT. Tabung ini dilancarkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri dan juga penaung tabung ini pada 19 Februari 2009.

Sejak dari tanggal tersebut, PDRM telah berusaha mengumpul derma dari seluruh warga PDRM dan juga mencetak sejumlah 1,000 keping poskad dengan harga RM10,000, diedarkan kepada semua Jabatan PDRM  untuk dijual dan dikembalikan kepada kanak-kanak Gaza di Palestin. Sebanyak RM 9,353.00 telah berjaya dikumpulkan hasil daripada jualan poskad tersebut.

Jumlah kutipan derma ikhlas yang berjaya dikumpulkan dari Ibu Pejabat Polis seluruh Malaysia adalah sebanyak RM137,803.55 yang berakhir pada 31 Mei 2009. Sejumlah RM50,000 daripada kutipan tersebut telah pun didahulukan oleh Tabung Kebajikan PDRM dan disampaikan semasa Majlis Menandatangani Memorandum (MoU) bersama UNICEF pada 19 Februari 2009.

Pada pagi ini, PDRM menyerahkan cek berjumlah RM97,156.55 yang disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia kepada Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza yang akan diterima oleh YABhg. Tun Jeanne Abdullah, selaku pengerusi tabung ini. Derma ini akan disalurkan kepada UNICEF untuk mengadakan pelbagai program kepada anak-anak Gaza, terutamanya dalam bidang pendidikan.

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak Kanak Gaza
Ketibaan YABhg.Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana menteri Malaysia yang juga  Penaung Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza dan YABhg. Tun Jeanne Abdullah di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak Kanak Gaza
dari kiri..Miss Choon Bow, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan dan YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak Kanak Gaza
Antara YDH Dato' Pengarah dan Timbalan Pengarah yang hadir sama

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak Kanak Gaza
YABhg. Tun Jeanne Abdullah bersama YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak Kanak Gaza
YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan cek kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak Kanak Gaza
YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan cenderahati kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan Untuk Kanak Kanak Gaza
YABhg.Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan YABhg. Tun Jeanne Abdullah menyaksikan persembahan Quintet dan persembahan koir.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM