Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Malaysia

Published: 09 Jun 2014 8.25 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan Malaysia telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang DiPertua BAKTI..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-sumbangan-bungkusan-hari-raya-kepada-pasukan-keselamatan-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:17 MYT
Kuala Lumpur - 2 September 2008. Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan Malaysia telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang DiPertua BAKTI di Dewan Bangunan BAKTI Siti Hasmah, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Naib Yang DiPertua BAKTI, YBhg. Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Zainal, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan isteri, YBhg. Puan Sri Hjh Rositah bt. Haji Md Mawi, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri, YBhg Puan Sri Suriati bt Md Sobri, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan isteri YBhg Datin Siti Zawiyah bt Arshad. Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, ahli-ahli BAKTI, PERKEP dan juga BAKAT.

Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) telah menyediakan sebanyak 30,000 buah bingkisan Hari Raya untuk diagihkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Dari jumlah tersebut, sebanyak 18,000 di agihkan kepada ATM, 10,000 kepada PDRM dan 2,000 kepada APMM.

Pada tahun 2007, sejumlah 31,050 kotak disediakan iaitu 20,000 kotak untuk ATM, 10,000 kotak untuk PDRM dan 1,050 kotak untuk APMM. Sejumlah 30,000 kotak diperuntukkan untuk tahun 2008, dimana BAKTI telah membelanjakan  RM280,000.00 untuk kos pembelian tersebut.

Bagi Polis Diraja Malaysia , agihan sumbangan Bungkusan Hari Raya berjumlah 10,000 kotak ialah:-
* Pasukan Gerakan AM (PGA)
* Unit Tindakan Khas dan Komando 69
* Cawangan Khas
* Jabatan Siasatan Jenayah
* Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
* Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
* Trafik Pasukan
* Pasukan Polis Marin
* Pasukan Simpanan Persekutuan
* Unit Udara PDRM
* Jabatan Pengurusan
* Cawangan Kebajikan

Buat masa ini, seramai 59 orang pegawai dan 185 orang anggota sedang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pendek kata, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia berada dimana sahaja, ketika muslimin dan muslimat bergembira menyambut hari lebaran, walaupun situasi ini adalah merupakan lumrah kepada warga PDRM.

Melalui sumbangan ikhlas BAKTI ini, sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan perasaan rindu, hiba dan sayu kerana berjauhan dengan isteri, anak-anak dan sanak saudara, kepada anggota PDRM yang dijadualkan bertugas pada Hari Raya nanti.

Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Malaysia
YABhg. Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang DiPertua BAKTI menyampaikan bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Malaysia
YDH CP Dato' Hussin bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) juga turut menerima 100 kotak bingkisan Hari Raya.

Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Malaysia
Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YBhg Puan Sri Suriati bt Md Sobri

Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Malaysia
dari kiri...YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, YABhg. Datin Seri Jeanne Abdullah, YBhg Puan Sri Suriati bt Md Sobri, YABhg Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish dan YBhg. Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Zainal.
ArticlePublished 09 Jun 2014 8.25 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM