Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penyerahan Pelajar Usm Di Maktab Pdrm Kuala Lumpur Cheras

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Cheras - 12 Julai 2010. Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyerahkan seramai 26 orang pelajar untuk menjalani latihan Praktikum Forensik di Maktab Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis dira..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-pelajar-usm-di-maktab-pdrm-kuala-lumpur-cheras
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:17 MYT

Cheras - 12 Julai 2010. Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyerahkan seramai 26 orang pelajar untuk menjalani latihan Praktikum Forensik di Maktab Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Komandan Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Shahbudin Abdul Wahab.

Penyerahan ini disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Hj Zakaria kepada Komandan Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur.

Praktikum Forensik selama satu semester ini melibatkan kursus sebanyak 8 kredit bertujuan mengukuhkan lagi kemahiran praktikal dan mutu pengajian Sains Forensik di USM. Antara yang terkandung di dalam kursus Praktikum Forensik termasuklah kriminalistik, toksikologi, dadah berbahaya dan DNA serta menyusuri bukti-bukti lapangan untuk dianalisis. Syarahan, perbincangan, tugasan dan kerja di lapangan yang dilalui membolehkan pelajar mendalami kefahaman terhadap ruang lingkup dan latar belakang pembelajaran.

Para pelajar juga turut didedahkan dengan simulasi keadaan mahkamah dan kejadian jenayah seperti mana yang bakal dihadapi apabila berkerja kelak. Selain itu mereka juga akan berpeluang mengunjungi mahkamah sebenar dan penjara untuk meluaskan lagi pandangan dan melihat dari dekat dunia sains forensik sebenar.

Intipati utama, para pelajar diajar undang-undang berhubung siasatan jenayah, prosedur mengendalikan siasatan tempat kejadian jenayah dan etika dalam penyiasatan forensik. Turut dilalui oleh para pelajar adalah kursus Balistik dan Kimia Letupan (GTF402/4) yang akan dikendalikan oleh para profesional dari Jabatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia.

Universiti Sains Malaysia merupakan universiti tempatan yang pertama menawarkan program Sains Forensik sejak tahun 1999. Dalam program ini, pelajar didedahkan kepada pengetahuan dan teknologi terkini dalam bidang sains forensik melalui struktur kurikulum.

Staf akademik di USM, pakar-pakar dari PDRM, Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga turut menyumbangkan tenaga kepakaran serta bantuan logistik melalui kerjasama erat yang telah sekian lama terjalin. Sehingga kini, sebanyak 7 kumpulan graduan iaitu seramai 191 orang telah dikeluarkan oleh USM dalam bidang Sains Forensik.

Majlis Penyerahan Pelajar Usm Di Maktab Pdrm Kuala Lumpur Cheras
Komandan Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Shahabudin Abdul Wahab menerima cenderahati daripada Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Hj Zakaria.

Majlis Penyerahan Pelajar Usm Di Maktab Pdrm Kuala Lumpur Cheras
Gambar kenangan diantara pelajar-pelajar bersama-sama tenaga pengajar, YDH Komandan Maktab dan juga Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM