Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penyerahan Motosikal Untuk Inisiatif First Response By Motorbike

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Agar Polis Diraja Malaysia sentiasa berada dibarisan hadapan serta mempunyai kemampuan untuk membanteras jenayah, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 2.3 juta melalui bajet..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-motosikal-untuk-inisiatif-first-response-by-motorbike
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 28 Oktober 2010. Dengan prestasi yang cemerlang dan memberangsangkan dalam mencapai sasaran NKRA PDRM pada tahun ini, kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM 450 juta untuk tahun hadapan bagi meningkatkan prestasi tersebut. Agar Polis Diraja Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan serta mempunyai kemampuan untuk membanteras jenayah, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 2.3 juta melalui bajet NKRA tahun 2010, perolehan 514 buah motosikal ringan jenis Modenas Kriss 120H Sport, dari Syarikat Edaran Modenas Sdn Bhd.

Motosikal Modenas Kriss ini dilengkapi dengan topi keledar, kotak serbaguna, lock jenis 'U', stiker logo Polis, tulisan Polis dan chequered stripe. Pembekalan dan penghantaran motosikal ini telah bermula dari 6 September 2010 dan berakhir pada 8 Oktober 2010.

Motosikal ini digunakan bagi penugasan di kawasan hot spot yang melibatkan 42 buah Balai Polis dan 24 Ibu Pejabat Polis daerah di empat kontinjen, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Motosikal ini akan diagih-agihkan penggunaanya kepada 3 initiative owner NKRA, iaitu Witness Management sebanyak 106 buah, First Response By Motorbike sebanyak 404 buah dan CID Team At Police Station sebanyak 4 buah.

Majlis penyerahan replika kunci motosikal untuk Inisiatif First Response By Motorbike, Witness Management dan CID Team At Police Station ini telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi (JSJ) merangkap Pengerusi NKRA Bukit Aman di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur pada petang ini.

Turut hadir ialah YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YBhg. Ahli lembaga Pengarah Syarikat Edaran Modenas Sdn Bhd serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

"Saya ingin melihat 'tempoh bertindak' pada masa ini yang ditetapkan tidak melebihi 15 minit untuk sampai ke tempat kejadian, dapat dipercepatkan".

"Jalankan tugas secara profesional, lebih komited dan peka dengan peranan masing-masing dalam memastikan agar implimentasi di peringkat bawah dapat dilaksanakan mengikut hasrat dan saranan Ketua Polis Negara" antara ucapan oleh YDH DCP Dato' Hadi Ho.

Majlis Penyerahan Motosikal Untuk Inisiatif First Response By Motorbike
Deretan 514 buah motosikal ringan jenis Modenas Kriss 120H Sport akan diagih-agihkan penggunaanya kepada 3 initiative owner NKRA

Majlis Penyerahan Motosikal Untuk Inisiatif First Response By Motorbike
Wakil daripada Kontinjen Pulau Pinang menerima replika kunci daripada YDH DCP Dato' Hadi Ho Abdullah.

Majlis Penyerahan Motosikal Untuk Inisiatif First Response By Motorbike
Kontinjen Selangor...

Majlis Penyerahan Motosikal Untuk Inisiatif First Response By Motorbike
YDH ACP Fatimah binti Abd Hamid mewakili Kontinjen Kuala Lumpur

Majlis Penyerahan Motosikal Untuk Inisiatif First Response By Motorbike
Kontinjen Johor...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM