Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tahniah Buat Barisan Ketua Polis Negeri

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Serba ringkas latar belakang Ketua-Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis yang baru dilantik...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahniah-buat-barisan-ketua-polis-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:08 MYT

Bukit Aman, 29 Oktober, 2010 - YDH Tan Sri Hj Ismail b Hj Omar telah mengumumkan barisan 4 Ketua Polis Negeri dan 1 Pesuruhjaya Polis melalui sidang media yang telah diadakan di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Warga Polis Diraja Malaysia berasa bangga dan mengucapkan tahniah dan syabas di atas perlantikan YDH SAC Dato' Hj Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah sebagai Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' Sharifuddin Bin Abd Ghani sebagai Ketua Polis Pahang, YDH SAC Dato' Ahmad Bin Ibrahim sebagai Ketua Polis Kedah, YDH DCP Dato' Zulkifli Bin Abdullah sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH SAC Dato' Hj. Hamza B Taib sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah. Kesemua Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis yang baru dilantik dengan pangkat asal SAC dinaikkan ke pangkat DCP. Gred jawatan bagi Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Johor dan Ketua Polis Pulau Pinang dinaikkan ke Jusa B. Turut diumumkan jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur kepada YDH SAC Dato' Amar Singh S/O Ishar Singh.

Serba ringkas latar belakang Ketua-Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis yang baru dilantik.

1. YDH DCP Dato' Hj Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah
Tahniah Buat Barisan Ketua Polis Negeri

· Dilahirkan pada 10 Januari 1959 di Georgetown, Pulau Pinang
· Mula berkhidmat pada 1 Oktober 1977
· Memiliki Diploma Sains Kepolisan dan Ijazah Sarjana Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
· Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang 33 tahun berkhidmat:
- Pegawai Penyiasat Kongsi Gelap
- Pegawai Penyiasat Trafik
- ASP Perjawatan/Perkhidmatan
- PT Trafik
- Ketua Polis Daerah Manjung
- Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang

2. YDH DCP Dato' Sharifuddin Bin Abd Ghani
Tahniah Buat Barisan Ketua Polis Negeri

· Dilahirkan pada 27 April 1957 di Kuala Terengganu
· Mula berkhidmat pada 15 Jun 1976
· Memiliki Diploma Sains Kepolisan dan Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Utara Malaysia.
· Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang 34 tahun berkhidmat:
- Pegawai Gerakan-Assault
- Pegawai Senjata Kontinjen
- Pegawai Risik/Penyelidik
- Ketua Pengawal Istana Negara
- Timbalan Komander PGK
- Ketua Polis Daerah Temerloh
- Timbalan Ketua Polis Pahang

3. YDH SAC Dato' Ahmad Bin Ibrahim
Tahniah Buat Barisan Ketua Polis Negeri

· Dilahirkan pada 1 Oktober 1954 di Melaka Tengah
· Mula berkhidmat pada 1 Januari 1976
· Memiliki Diploma Pengajian Strategi dan Keselamatan UKM, Sarjana Muda Sains Politik UKM dan Sarjana Psikologi
  Kaunseling UKM.
· Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang 34 tahun berkhidmat:
- Pegawai Penyiasat Trafik
- Pegawai Penyiasat Jenayah
- Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi
- Ketua Polis Daerah Port Dickson
- Komandan Maktab Polis Kuala Kubu Baru
- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kula Lumpur
- Timbalan Pengarah Pengurusan(Perkhidmatan/Perjawatan)

4. YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah
Tahniah Buat Barisan Ketua Polis Negeri

· Dilahirkan pada 27 Disember 1960 di Johor Bahru
· Mula berkhidmat pada 8 Januari, 1984.
· Memiliki Sarjana Muda Sains(Matematik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
· Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang 26 tahun berkhidmat:
- Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas
- Pegawai Jenayah Besar Pulau Pinang
- Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan
- Timbalan Pengarah III Jabatan Logistik
- Ketua Polis Negeri Kelantan
- Ketua Polis Negeri Perak

5. YDH SAC Dato' Hj. Hamza B Taib
Tahniah Buat Barisan Ketua Polis Negeri

· Dilahirkan pada 14 Mac 1956 di Jasin, Melaka
· Mula berkhidmat pada 16 November, 1975.
· Memiliki Diploma Syariah Law & Practice dan LLB (Hons) Universiti Islam Antarabangsa.
· Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang 35 tahun berkhidmat:
- Pegawai Kongsi Gelap Pahang
- ASP Siasatan Tatatertib Bukit Aman
- PT Trafik Perak
- Ketua Trafik Negeri IPK Kuala Lumpur
- Ketua Trafik Pasukan
- Timbalan Pesuruhjaya Sarawak

6. YDH SAC Dato' Amar Singh S/O Ishar Singh.
Tahniah Buat Barisan Ketua Polis Negeri

· Dilahirkan pada 6 Jun 1958 di Ulu Kinta, Perak
· Mula berkhidmat pada 27 Februari, 1983.
· Memiliki Diploma Syariah Law & Practice Universiti Islam Antarabangsa ,BSC (Hons) Genetics Universiti Malaya, Master of Criminal Justice Universiti Malaya dan LLB (Hons) University of Buckingham United Kingdom .
· Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang 27 tahun berkhidmat:
- Pegawai Pentadbiran IPK Perak
- Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Klang
- Ketua Unit Pengajian Perundangan dan Pendakwaan Maktab Polis Kuala Lumpur
- Komandan Pusat Latihan Polis
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM