Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyerahan Jawatan Daerah Ketua Polis Daerah Ipd Subang Jaya Dan Ipd Serdang

Published: 10 Jun 2014 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Supt. Abd Razak bin Elias, telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang yang pertama setelah persempadanan semula dibuat dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-jawatan-daerah-ketua-polis-daerah-ipd-subang-jaya-dan-ipd-serdang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:59 MYT

Serdang - 15 Julai 2010. Pada pagi ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, telah berlangsung  Majlis Penyerahan Jawatan/Daerah Sempena Persempadanan Semula IPD Subang Jaya dan IPD Serdang.

Majlis menandatangani dokumen penyerahan Jawatan/Daerah Sempena Persempadanan Semula IPD Subang Jaya dan IPD Serdang diantara YDH ACP Zainal Rashid bin Haji Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya kepada YDH Supt. Abd Razak bin Elias,  disaksikan oleh YDH SAC Jamaluddin bin Abd Majid, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Selangor.

YDH Supt. Abd Razak bin Elias, telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang yang pertama setelah persempadanan semula dibuat dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya. YDH Supt. Abd Razak bin Elias sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (Pentadbiran).

Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang mempunyai 5 buah Balai Polis dibawah pentadbirannya iaitu Balai Polis Serdang, Balai Polis Puchong Jaya, Balai Polis Seri Kembangan, Balai Polis Sg. Besi Indah dan juga Balai Polis Bukit Serdang.

Majlis Penyerahan Jawatan Daerah Ketua Polis Daerah Ipd Subang Jaya Dan Ipd Serdang
Majlis Penyerahan Jawatan/Daerah Sempena Persempadanan Semula IPD Subang Jaya dan IPD Serdang disaksikan oleh YDH SAC Jamaluddin bin Abd Majid, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Selangor (tengah).

Majlis Penyerahan Jawatan Daerah Ketua Polis Daerah Ipd Subang Jaya Dan Ipd Serdang
Ucapan oleh YDH Supt. Abd Razak bin Elias (kanan) kepada Ketua-ketua Polis Balai

Majlis Penyerahan Jawatan Daerah Ketua Polis Daerah Ipd Subang Jaya Dan Ipd Serdang
YDH ACP Zainal Rashid bin Haji Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya  menyampaikan Surat Penghargaan kepada ASP Haide bin A. Rahman, Ketua Polis Balai Serdang.

Majlis Penyerahan Jawatan Daerah Ketua Polis Daerah Ipd Subang Jaya Dan Ipd Serdang
Sjn Marjit Singh a/l Gundev Singh, Ketua Polis Balai Sg. Besi Indah

ArticlePublished 10 Jun 2014 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM