Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penyerahan Eye Glo Plus Kepada Pdrm

Diterbitkan: 09 Jun 2014 5.15 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Majlis penyerahan telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd Hashim bin Tajudin, Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM)..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-eye-glo-plus-kepada-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:45 MYT

Bukit Aman - 15 Januari 2008. Majlis Penyerahan 'Eye Glo Plus' kepada Polis Diraja Malaysia telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Majlis penyerahan telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd Hashim bin Tajudin, Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) kepada YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili Ketua Polis Negara.

Hadir sama ialah Y.Bhg. Encik Y C Lee, Pengarah Urusan CCM Pharmaceuticals, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan CCM , Pegawai-pegawai Kanan PDRM, anggota serta kakitangan awam Bukit Aman.

Sumbangan 'Eye Glo Plus' ini adalah salah satutanggungjawab sosial korporat oleh Kumpulan Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) kepada warga PDRM. 'Eye Glo Plus' adalah titis mata yang diformulasi khas untuk melega dan meyejukkan mata yang renga dan letih. Formula 'Eye Glo Plus' bukan sahaja sesuai untuk menyejukkan mata, ciri-ciri antiseptiknya juga menjadikan ia sesuai untuk rawatan inflamasi mata sederhana yang disebabkankerensaan dan keletihan.

Dalam ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan terharudengan langkah di ambil CCM yang memberisokongan moral dan kesedaran yang tinggi dalam menyalurkan tanggungjawab sosial korporat.Tambah beliau lagi,sumbangan 'Eye Glo Plus' akan dapat membantu warga PDRM menjaga dan menyegarkan mata khususnya kepada anggota Cawangan Trafik dan Pencegahan Jenayah didalam menjalankan dan memberi fokusserta perhatian kepada tugas.Sumbangan ini diharap akan menjadi pemangkin memperkuatkan lagi usahasama CCM dengan PDRM.


Majlis Penyerahan Eye Glo Plus Kepada Pdrm
Sumbangan ...(kiri) Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd Hashim bin Tajudin dan Y.Bhg. Encik Y C Leemenyampaikan 'Eye Glo Plus' kepada YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Penyerahan Eye Glo Plus Kepada Pdrm
YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd Hashim bin Tajudin, Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM)

Majlis Penyerahan Eye Glo Plus Kepada Pdrm
Sidang Akhbar oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara di Mes Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 5.15 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM