Kuala Lumpur - 11 Januari 2008. Polis Trafik memulakan operasi membanteras Mat Rempit/Lumba Haram tahun 2008 dengan melancarkan Operasi Motosikal di seluruh negara selama sebulan bermula 11 Januari sehingga 10 Feburai 2008.
YDH SAC II Dato' Hamza Taib, Ketua Trafik Pasukan berkata, operasi ini membuktikan polis memandang serius kegiatan mat rempit yang memperlihatkan peningkatan 20 peratus dari tahun 2006 hingga 2007.
Seramai 957 orang pegawai dan anggota trafik seluruh negara terlibat dalam operasi selama sebulan ini yang turut melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dalam usaha mengesan kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.
Dalam operasi seluruh negara, hampir 2,000 buah motosikal diperiksa dan 487 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Seramai 10 penunggang ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan 119 buah motosikal telah disita. Seramai 188 penunggang dan pembonceng motosikal telah menjalani ujian air kencing dan 4 orang daripada mereka ditahan kerana positif dadah.

kiri...YDH Dato' Hamza Taib, Ketua Trafik Pasukan memeriksa sebuah motosikal ketika turun padang bersama pegawai dan anggota trafik ketika melancarkan Ops Motosikal sekitar Kuala Lumpur di Dataran Merdeka

Di sita...motosikal yang di sita dibawa balik ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar menggunakan kenderaan lori dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang turut bekerjasama dengan PDRM
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Ops Motosikal
Polis Trafik memulakan operasi membanteras Mat Rempit tahun 2008 dengan melancarkan Operasi Motosikal..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.