Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyerahan Cek Dari Henikwon Corporation Sdn Bhd

Published: 10 Jun 2014 1.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Cek bernilai RM100,000 itu telah disampaikan oleh Dato' Bryce B. H. Kwon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Henikwon Corporations Sdn. Bhd kepada YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hass..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-cek-dari-henikwon-corporation-sdn-bhd
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:08 MYT

Bukit Aman - 15 Disember 2009. Majlis Penyerahan Cek dari Henikwon Corporation Sdn. Bhd telah berlangsung di Auditorium Tingkat 14, Bukit Aman pada jam 3.30 petang hari ini.

Cek bernilai RM100,000 itu telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Bryce B. H. Kwon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Henikwon Corporations Sdn. Bhd kepada YDH Tan Sri  Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara.

 

Henikwon Corporations Sdn. Berhad telah menyumbangkan kali pertama pada November 2006 sebanyak RM100,000 kepada Cawangan Kebajikan PDRM . Wang tersebut  telah disalurkan kepada anak-anak pegawai serta anggota PDRM yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan Matrikulasi.

Sumbangan kali ini juga akan disalurkan bagi tujuan pendidikan kepada lebih 700 anak-anak warga Polis Diraja Malaysia.

 

Hadir sama menyaksikan penyerahan cek tersebut ialah YDH CP Datuk Akhil bin Bulat, Pengarah Cawangan Khas, YDH DCP Dato' Zubaidah bt Md. Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik, YDH DCP  Dato' Othman bin Harun Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Narkotik, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah Timbalan Pengarah (Risilkan/Operasi) JSJ,YDH DCP Dato' Abdul hamid bin Bador, Timbalan Pengarah 1 Cawangan Khas, YDH SAC I Dato' Zaleha binti Abd. Rahman , Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC I Datuk Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah (D1)  Perancang/Strategi JSJ dan Supt. Azizi bin Mat Aris, Pegawai Kebajikan Pasukan PDRM.

Majlis Penyerahan Cek Dari Henikwon Corporation Sdn Bhd
Cek bernilai RM100,000 disampaikan oleh YBhg. Dato' Bryce B. H. Kwon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Henikwon Corporations Sdn. Bhd kepada YDH Tan Sri  Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara

Majlis Penyerahan Cek Dari Henikwon Corporation Sdn Bhd
Cenderahati dari YDH Ketua Polis Negara kepada YBhg. Dato' Bryce B. H. Kwon
ArticlePublished 10 Jun 2014 1.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM