Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyerahan Balai Polis Bergerak Kota Damansara

Published: 09 Jun 2014 5.16 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Acara penyerahan anak kunci Balai Polis Bergerak telah berlangsung antara Y.Bhg. Dato' Mohan a/l K.R. Pillai, Pengerusi Syarikat Perniagaan Shahira Maju Sdn. Bhd dan YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-balai-polis-bergerak-kota-damansara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:26 MYT
Petaling Jaya - 17 Januari 2008. Majlis Penyerahan Balai Polis Bergerak Kota Damansara telah di adakan di Kelab Golf Seri Selangor. Balai Polis Bergerak atau Mobile Police Station (MPS) ini adalah sumbangan dari Syarikat Perniagaan Shahira Maju Sdn. Bhd.

Acara penyerahan anak kunci Balai Polis Bergerak telah berlangsung antara Y.Bhg. Dato' Mohan a/l K.R. Pillai, Pengerusi Syarikat Perniagaan Shahira Maju Sdn. Bhd dan YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Hadir di majlis tersebut ialah YB Ir Tuan Hj Bushro bin Mat Johor, ADUN Paya Jaras, Y.Bhg Dato' Ganeswaran a/l Muniandy, Pengerusi Bersama Syarikat Perniagaan Shahira Maju Sdn Bhd, YDH SAC 1 Dato' Jamshah bin Mustapa, Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, YDH SAC II Mazlan bin Tan Sri Mansor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Dalam ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas Syarikat Shahira Maju ini akan membuka kembali kesedaran tanggungjawab sosial oleh syarikat-syarikat atau badan korporat untuk menyumbang ke arah matlamat untuk membawa kesejahteraan masyarakat.
Tambah beliau lagi, dengan adanya Balai Polis bergerak ini juga masyarakat di sini akan dapat menikmati perkhidmatan kepolisan yang lebih dekat, memberi kemudahan kepada masyarakat setempat bagi membuat aduan pelbagai perlakuan jenayah dan anti sosial tanpa perlu lagi datang ke Balai Polis Kota Damansara.
" Kemudahan ini juga akan membolehkan anggota Balai Polis Kota Damansara memberikan perkhidmatan 'Round The Clock" kepada masyarakat bagi memastikan keselamatan mereka dari penjenayah dapat dilindungi dan terpelihara"

Majlis Penyerahan Balai Polis Bergerak Kota Damansara
Memoton riben sempena penyerahan Balai Polis Bergerak yang akan diguna sama untuk Balai Polis Sg. Buloh dan Balai Polis Kota Damansara

Majlis Penyerahan Balai Polis Bergerak Kota Damansara
Penyerahan anak kunci...Y.Bhg. Dato' Mohan a/l K.R. Pillai, Pengerusi Syarikat Perniagaan Shahira Maju Sdn. Bhd dan YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis Penyerahan Balai Polis Bergerak Kota Damansara
YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar menandatangani Buku Pelawat didalam Balai Polis Bergerak
ArticlePublished 09 Jun 2014 5.16 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM