Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Pembelajaran Oleh Institut Integriti Malaysia

Diterbitkan: 09 Jun 2014 5.17 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Seramai 32 orang peserta kursus dari Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan ke Bukit Aman...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-pembelajaran-oleh-institut-integriti-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:07 MYT

Bukit Aman - 16 Januari 2008. Seramai 32 orang peserta kursus dari Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan ke Bukit Aman. Lawatan pembelajaran bagi Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti untuk kumpulan sokongan ini adalah dari Jabatan Penjara Malaysia.

Lawatan ini diketuai oleh Y.Bhg. Encik Mohd Yusof bin Mohd, Urusetia Kursus Institut Integriti Malaysia dan Puan Roziah Harun, Penolong Pegawai Sektor Awam IIM. Rombongan telah disambut oleh Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman.

Sesi pembelajaran berkaitan Pengurusan Tatatertib Polis Diraja Malaysia telah di adakan di Auditorium PDRM, Tingkat 16 dan disampaikan oleh ASP Hj. Nor Adnan Nordin, ASP Perundangan Urusetia KPN (TT)

Lawatan Pembelajaran Oleh Institut Integriti Malaysia
Pegawai-pegawai dari Cawangan Perhubungan Awam yang turut hadir bersama peserta-peserta kursus di sesi pembelajaran oleh Urusetia KPN Tatatertib

Lawatan Pembelajaran Oleh Institut Integriti Malaysia
dari kiri...ASP Haji Nor Adnan bin Nordin, ASP Perundangan Urusetia KPN (TT), Y.Bhg. Encik Mohd Yusof bin Mohd, Urusetia Kursus IIM dan Ketua Kumpulan peserta kursus.

Lawatan Pembelajaran Oleh Institut Integriti Malaysia
Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam bergambar kenangan bersama peserta-peserta kursus dari Institut Integriti Malaysia (IIM)

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 5.17 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM