Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan Disampaikan Oleh Ydh Timbalan Ketua Polis Negara

Published: 10 Jun 2014 5.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan yang disampaikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Haji Ismail telah berlangsung di Dewan Mess Pegawai Kanan pagi ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyampaian-cek-pencen-tanggunggan-disampaikan-oleh-ydh-timbalan-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT
Bukit Aman - 07 Oktober 2010. Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan yang disampaikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Haji Ismail telah berlangsung di Dewan Mess Pegawai Kanan Bukit Aman pagi ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ini adalah YBhg Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), YDH SAC Dato' Aishah binti Mohamad, Penolong Pengarah Perkhidmatan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Penyerahan Cek Tanggungan, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai kanan, Wakil-wakil media dan tetamu jemputan penerima pencen tanggungan.

Pencen tambahan ini merupakan bayaran tambahan selain daripada pencen  terbitan dan  Skim Ex-Gratia pampasan Bencana Kerja. Pencen ini  diberikan kepada waris anggota keluarga anggota perkhidmatan awam yang telah meninggal dunia akibat kemalangan semasa melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat tugasnya yang tidak berpunca dari kecuaian atau salah lakunya.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam kerana keprihatinan serta inisiatif khusus kepada warga PDRM demi kepentingan para balu dan waris yang kehilangan tempat bergantung. Beliau yakin dengan adanya majlis seumpama ini dapat membantu meringankan beban tanggungan para balu dan waris dan beliau berharap usaha murni ini dapat diteruskan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cek pencen tanggungan disampaikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Haji Ismail diiringi YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene dan Y.Bhg Dato' Yeow Chin Kiong.

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan Disampaikan Oleh Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Dari kanan YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Haji Ismail dan YBhg Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan Disampaikan Oleh Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Tetamu jemputan penerima pencen tanggungan yang hadir.

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan Disampaikan Oleh Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YBhg Dato' Yeow Chin Kiong menyampaikan ucapan.

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan Disampaikan Oleh Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Haji Ismail menyampaikan ucapan.

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan Disampaikan Oleh Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Waris anggota keluarga dan balu yang hadir.

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan Disampaikan Oleh Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Puan Zainab binti Zainal Abidin menerima cek.

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan Disampaikan Oleh Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Puan Fatimah binti Hassan, ibu waris arwah Zurida binti Che Amir...
ArticlePublished 10 Jun 2014 5.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM