Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Permasalahan Warga Afrika Barat Dalam Aspek Jenayah Narkotik Di Malaysia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu sidang media oleh YDH DCP Dato' Othman bin Harun Timbalan Pengarah 1 Risikan/Operasi dari JSJN mengenai permasalahan warga Afrika Barat dalam aspek jenayah narkotik di Malaysia berlangsung di Dew.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/permasalahan-warga-afrika-barat-dalam-aspek-jenayah-narkotik-di-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:30 MYT
Bukit Aman - 6 Oktober 2010 - Satu sidang media telah dibuat di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pada jam 10.30 pagi hari ini. Sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang disampaikan oleh YDH DCP Dato' Othman bin Harun ini adalah berkenaan masalah segelintir Warga Afrika Barat yang menjadi dalang utama kepada sindiket penyeludupan dadah dari luar negara masuk ke Malaysia.

Sindiket Warga Afrika Barat ini juga turut mengeksploitasi wanita-wanita warga Malaysia untuk menjadi kurier dadah di luar negara dan tidak terkecuali  juga wanita-wanita asing dari negara-negara seperti Filipina, Indonesia, dan lain-lain lagi.

Menyedari permasalahan yang serius ini, JSJN pantas menubuhkan satu 'Task Force' khusus untuk menghapuskan kegiatan dan aktiviti sindiket warga Afrika Barat tersebut di awal tahun 2008. Usaha yang produktif dan konsisten yang dilakukan oleh JSJN PDRM itu telah membuahkan hasil yang amat positif dengan jumlah tangkapan warga Afrika Barat sepanjang tahun 2008 seramai 24 orang, tahun 2009 seramai 46 orang dan setakat Januari-Ogos 2010 seramai 33 orang warga Afrika Barat telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

Kes-kes tangkapan yang melibatkan warga Malaysia di luar negara terutamanya yang terlibat sebagai kurier dadah yang direkrut oleh sindiket warga Afrika Barat ini menunjukkan penurunan yang positif. Berikut adalah jadual yang menunjukkan penurunan tangkapan warga Malaysia di luar negara berkenaan dengan kesalahan dadah..

TAHUN

JUMLAH TANGKAPAN DI LUAR NEGARA ATAS KESALAHAN DADAH

(WARGA MALAYSIA)

JUMLAH YANG DIPERCAYAI SEBAGAI KURIER

2007

192 ORANG

84 ORANG

2008

150 ORANG

66 ORANG

2009

120 ORANG

54 ORANG

2010(JAN-OKT)

47 ORANG

19 ORANG


Walaubagaimanapun, JSJN PDRM tidak berhenti setakat itu sahaja kerana JSJN mendapati  sindiket warga Afrika Barat yang sebelum ini aktif menjalankan menyeludup dadah jenis Heroin dan Kokain telah beralih kepada dadah jenis Ganja dan bersekongkol dengan sindiket dadah tempatan. Sindiket ini turut menggunakan kolej-kolej pengajian tinggi swasta sebagai lokasi pengedaran dadah dan tidak dinafikan juga turut dibantu oleh warga tempatan.

Maklumat serta risikan juga turut mendedahkan bahawa dipercayai bekalan dadah yang diedarkan kolej-kolej tersebut adalah untuk para pelajar-pelajar kolej tersebut. Pada bulan Januari hingga September 2010 seramai 18 orang telah ditahan di bawah Sek.39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah jenis ganja dan setakat ini JSJN telah merampas sejumlah 95kg ganja.

Perhatian yang berterusan dan analisis serta profiling oleh JSJN PDRM ke atas sindiket ini akan terus diperkukuhkan bagi mengawal dan menghapuskan kegiatan dan taktik haram sindiket tersebut.

Permasalahan Warga Afrika Barat Dalam Aspek Jenayah Narkotik Di Malaysia
YDH DCP Dato' Othman bin Harun Timbalan Pengarah 1 Risikan/Operasi dari JSJN semasa sidang media pada pagi ini.

Permasalahan Warga Afrika Barat Dalam Aspek Jenayah Narkotik Di MalaysiaAntara wakil-wakil media yang hadir dalam sidang media oleh JSJN pagi ini di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pada pagi ini.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM