Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial Dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010 2011
Majlis penutupan ini amat menarik apabila diadakan serentak bersempena Konvokesyen kali ke-39 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta kehadiran dengan gandaan para graduan, jemputan dan ahli keluarga yang turut sama menyaksikan dan meraikan kejayaan para graduan.
Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) buat pertama kali telah diadakan pada 3 Jun 2004 di Maktab PDRM Kuala Lumpur. Tempoh kursus tersebut mengambil masa selama 18 bulan. Program ini tercatat dalam Arahan Ketua Polis Negara no. 58 bertarikh 3 Mac 2004 dan telah berjaya melahirkan seramai 79 graduan.
Manakala Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSK) mula diperkenalkan pada tahun 1984 untuk menyahut keperluan kepolisan moden. Program ini dianjur dan dikendalikan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maktab PDRM Kuala Lumpur. Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) buat pertama kalinya diadakan pada 3 Jun 2004 di Maktab PDRM.
Sejajar dengan visi "Meningkatkan Profesionalisme Kepolisan Melalui Latihan Yang Berterusan" dan misi "Melahirkan Tenaga Manusia Yang Berkeupayaan Tinggi dan Berwibawa Untuk Memenuhi Ekspetasi Kepolisan Moden Selaras Dengan Dasar Pembangunan Negara Ke Arah Wawasan 2020". Oleh yang demikian, Maktab PDRM Kuala Lumpur telah berjaya melahirkan graduan-graduan yang berkualiti di kalangan Pegawai-pegawai Kanan Polis.
Dalam ucapan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, "program-program seperti ini merupakan pelaburan sumber manusia yang telah memberi pulangan atau "return on invesment" yang sangat signifikan kepada PDRM. Ramai di kalangan pengarah, timbalan pengarah dan pengurusan tertinggi pasukan yang telah mendapat manfaat daripada program ini".
Pada sesi ini seramai 19 orang pegawai akan menerima Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), manakala 33 lagi akan menerima Diploma Siswazah Sains Kepolisan.
Turut hadir di majlis ini, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Prof. Dr. Abdul Rahim bin Md. Nor, Wakil Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Y.Bhg wakil-wakil dari Kedutaan Brunei Darussalam dan Angkatan Tentera Malaysia, para pensyarah Pengajian Sarjana Sains Sosial dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan, Pegawai-pegawai Kanan Polis serta wakil-wakil media.
Seterusnya majlis diakhiri dengan upacara perarakan membawa keluar bendera-bendera dari dewan dan sesi bergambar bersama pucuk pimpinan PDRM

Ketibaan YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

Ketibaan
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
disambut oleh YDH Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM
Kuala Lumpur

Ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara disambut oleh Pegawai-Pegawai Kanan Polis

YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat

Turut
menandatangani Buku Pelawat.. Y.Bhg Prof. Dr. Abd. Rahim bin Md. Nor,
Timbalan Dekan (Siswazah Dan Hubungan Antarabangsa) Universiti
Kebangsaan Malaysia

Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program
Penyampaian Sijil Tamat Pengajian Kepada Graduan Program







P/ACP Razarudin bin Husain @ Abd. Rasip, Peserta Terbaik Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2010/11

DSP Mohd Asri bin Md Akhir, Peserta Terbaik Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010/11

Bergambar kenangan bersama Peserta Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2010/11

Bergambar Kenangan bersama Peserta Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010/11
Wartawan : L/Kpl M Lokmanul Hakim bin S.Nor
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl M Lokmanul Hakim bin S.Nor