Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di

Published: 10 Jun 2014 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 08/09 dan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 09/10 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Har..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutupan-program-ijazah-sarjana-sains-sosial-pengajian-kepolisan-sesi-08-09-dan-program-di
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:21 MYT
Cheras - 6 Ogos 2010. Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 08/09 dan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 09/10 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras pagi ini.

Hadir bersama di majlis itu adalah YDH Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan), Y.Bhg Professor Dr. Zaharah Ahmad, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, YDH SAC Mohd Shahrizan bin Che Mat Din, Pemangku Komandan Maktab Polis DiRaja Malaysia, wakil dari kedutaan Brunei Darussalam, Angkatan Tentera Malaysia, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Graduan-graduan Ijazah Sarjana(Sains Sosial) serta Diploma Sains (Sains Kepolisan), wakil-wakil media dan Dif-dif jemputan.

Program Diploma Sains Kepolisan (DSK) mula diperkenalkan pada tahun 1984 untuk menyahut keperluan kepolisan moden. Program ini dianjur dan dikendalikan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maktab PDRM Kuala Lumpur. Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) buat pertama kalinya diadakan pada 3 Jun 2004 di Maktab PDRM.

Sejajar dengan visi "Meningkatkan Profesionalisme Kepolisan Melalui Latihan Yang Berterusan" dan misi "Melahirkan Tenaga Manusia Yang Berkeupayaan Tinggi dan Berwibawa Untuk Memenuhi Ekspetasi Kepolisan Moden Selaras Dengan Dasar Pembangunan Negara Ke Arah Wawasan 2020", Maktab PDRM telah berjaya melahirkan Graduan-graduan yang berkualiti di kalangan Pegawai-pegawai Kanan Polis.

Tirai majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz Fakrul Razi bin Daud, Unit Agama dan Kaunseling Maktab PDRM.

Objektif utama program Diploma Sains Kepolisan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta program dalam pelbagai bidang pengajian yang berkaitan dengan kepolisan moden dan juga untuk melahirkan Pegawai-pegawai Kanan Polis yang mahir dan berkeupayaan dalam kesinambungan pewarisan dan pengurusan PDRM.


"Program ini merupakan konsep pembelajaran berterusan dan pembangunan kerjaya. Ia dapat melahirkan pegawai polis yang profesional, berkeupayaan tinggi dan berwibawa dalam memenuhi tuntutan "stake holder" adalah di antara isi ucapan YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun. 

Dengan penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan ini, para graduan dapat menggunakan kepakaran dan pengetahuan yang diperolehi dalam penugasan harian berdasarkan kepada keadaan dan keperluan semasa.

YDH Dato' Mohamad Fuzi juga merakamkan ucapan tahniah dan selamat menyambut ulang tahun yang ke-40 penubuhan UKM, mengakhiri ucapan sekaligus merasmikan penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial dan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas menyampaikan ucapan dan merasmikan upacara penutupan.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun bersama barisan Pegawai-pegawai kenamaan.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Pegawai-pegawai Kanan PDRM mendengar ucapan kata aluan YDH Dato' Pengarah PPK.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Penyampaian sijil kepada graduan disempurnakan oleh YDH Dato' Mohamad Fuzi bin Harun.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Majlis diiringi oleh paluan gamelan oleh PERKEP Maktab PDRM.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Peserta Terbaik Ijazah Sarjana Sains Sosial, Supt. Azman bin Ayob.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Peserta Kedua Terbaik Ijazah Sarjana Sains Sosial, Supt. Rusdi bin Mohd Isa.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Peserta Terbaik Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan, DSP Tharamadurai a/l Ramanathan bersama keluarga..

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Peserta Keempat Terbaik Program Siswazah Sains Kepolisan, DSP Anuar bin Othman bersama Peserta Kedua Terbaik Program Siswazah Sains Kepolisan, DSP Mohd Rozi bin Jidin.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Graduan-graduan yang telah menerima sijil.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Sempat mengambil gambar bersama Y.Bhg Professor Dr. Zaharah Ahmad, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Tersenyum...Para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian...

Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan Sesi 08 09 Dan Program Di
Bergambar secara kumpulan sebagai tanda kenangan...
ArticlePublished 10 Jun 2014 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM