Majlis Penutupan Kursus Training Of Trainers Tot Pra Akrab Jurulatih Utama Pdrm
Bukit Aman, 16 Februari 2012 (Khamis) -
Seramai 31 orang pegawai kanan polis dan 21 orang pegawai awam
menyertai Kursus TOT(Training Of Trainers) Pra AKRAB Jurulatih Utama
Polis Diraja Malaysia. Kursus selama 2 hari ini telah diadakan di Dewan
Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Kesemua peserta terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Awam
dari Bahagian Agama dan Kaunseling(BAKA) di setiap kontinjen.
Majlis
perasmian penutupan kursus pada hari ini telah dirasmikan oleh YDH SAC
Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama
dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia. Turut hadir di majlis
penutupan ini ialah Y.Bhg Ustaz Che Alias bin Che Ismail, Ketua Penolong
Pengarah Agama BAKA, Y.Bhg Dr. Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong
Pengarah Psikologi BAKA, Y.Bhg En. Izuddin bin Maskhor, Pegawai
Psikologi Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam serta
peserta-peserta kursus.

Dari
kiri, depan...Supt Norisah binti Abd Hamid, Superintenden Perhubungan
Awam, YBhg Dr. Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Psikologi
BAKA, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan
Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia, Y.Bhg En.
Izuddin bin Maskhor, Pegawai Psikologi Bahagian Pengurusan Psikologi
Jabatan Perkhidmatan Awam, Y.Bhg Ustaz Che Alias bin Che Ismail, Ketua
Penolong Pengarah Agama BAKA.
%20020.jpg)
Bacaan doa oleh Y.Bhg Ustaz Fahrurradzi bin Sahibul Ghani
%20041.jpg)
Ucapan
serta penutupan kursus oleh YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron,
Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis
Diraja Malaysia.
%20047.jpg)
YDH
SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian
Agama dan Kaunselin g(BAKA) PDRM menyampaikan cenderamata kenangan
kepada Y.Bhg En. Izuddin bin Maskhor, Pegawai Psikologi Bahagian
Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Peserta kursus yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan pegawai awam.
Jurufoto & Wartawan : Konst Raymond